KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

DOLLAH BADAWI PERTAHANKAN RADZI

Abdullah Nafi Umno Arah Pengerusi Perhubungan Rangka Pelan Isu Perkauman

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan bahawa pucuk pimpinan Umno telah menghantar surat meminta semua Pengerusi Perhubungan Umno negeri menjayakan satu pelan tindakan isu-isu perkauman.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad bahawa surat berkenaan adalah palsu.

"Datuk (Seri) Radzi Sheikh Ahmad kata surat tu palsu, bukan surat dia (Radzi)," kata Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, yang pertama diadakan tahun ini, di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada mesyuarat hari ini turut membincangkan isu surat itu yang salinannya diedar kepada media baru-baru ini.

Ditanya sama ada Umno mengenal pasti siapa dalang di sebalik surat itu, Perdana Menteri berkata: "Kalau kita tahu senanglah kan? Tapi bukan daripada dia (Radzi)."

Isu surat yang bertajuk "Menjayakan Pelan Tindakan Untuk Isu Perkauman" dibangkitkan oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan dilapor dalam beberapa akhbar tempatan.

Surat itu bertarikh 22 Dis 2007 yang kononnya ditandatangani Radzi antara lain mendakwa pelan itu telah dipersetujui oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam satu mesyuarat pada 6 Dis lepas.

No2umnO - Surat bertanda tangan menjadi bukti, masih mereka cuba nak nafi ..... Macam macam boleh jadi


0 comments:

Posting terkini

Blog Archive