Sila Pujuk Menteri Keselamatan Dalam Negeri
mca-reform.blogspot
Pada 8 Jan. Media massa melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai bertanya: “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”
Dua soalan serentak daripada Perdana Menteri itu merujuk kepada peningkatan besar kadar jenayah yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2007.
Adalah sesuatu yg amat mendukacitakan, mengejutkan dan memalukan , jika seorang PM yg juga merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tiba-tiba melontarkan persoalan itu ketika rakyat jelata sedang menderita dengan peningkatan statistik jenayah yg mengancam keselamatan diri dan keluarga. Bukankah sepatutnya beliau bertindak terlebih dahulu sebelum keadaan menjadi parah ? Apakah sudah lupa mengenai kempen kesedaran jenayah yg diwar-warkan pada awal tahun 2007 ( 十万火急全民拼治安 ).
Mungkin... kerana Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan: Melayu Mudah Lupa !!
Bukan sahaja Menteri Keselamatan Dalam Negeri yg harus bertanggungjawab, bagaimana pula dengan timbalannya , apakah makan gaji buta juga ? Apakah peranan Datuk Foo Ah Kiow selaku timbalan menteri . Mungkin Datuk Foo sudah lupa bebanan dan tanggungjawab yg dipikul atau sedang tunggu wang pencen sahaja?
Maklumat Tambahan:
MCA Cheras sedang berkempen agar diwujudkan sebuah balai polis di Cheras. Sokonglah kempen mereka !!
Amat memalukan , sebuah kempen harus dilancar utk memujuk Menteri Keselamatan Dalam Negeri menjalankan tanggungjawab beliau.
Jan 17, 2008
MINTA BANTUAN PUJUK KERAJAAN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment