Sekatan ekonomi AS gagal -- * Ekonomi Iran tidak terjejas * Dapat kontrak RM68 bilion
WASHINGTON 16 Jan. – Sekatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran tidak membawa kesan yang jelas dan tidak menghalang Teheran daripada menandatangani kontrak tenaga bernilai kira-kira AS$20 bilion (RM68 bilion) dengan firma asing sejak 2003.
Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) Amerika Syarikat (AS) dalam laporan auditnya mempertikaikan kenyataan sesetengah pegawai pentadbiran AS mengenai keberkesanan sekatan yang dikenakan ke atas Iran disebabkan program nuklearnya itu.
“Pegawai dan pakar AS melaporkan sekatan AS mendatangkan kesan khusus ke atas Iran, namun sejauh mana sekatan itu berkesan sukar dipastikan,” menurut laporan yang diterima oleh Reuters semalam.
GAO dalam laporannya juga menyatakan, bukti lain menimbulkan persoalan tentang kesan sekatan ekonomi seperti yang dilaporkan.
Menurut GAO, sejak 2003 Iran menandatangani kontrak bernilai AS$20 bilion (RM68 bilion) dengan firma asing untuk membangunkan sumber tenaganya.
Ia juga menyatakan, sekatan ketat AS ke atas bank-bank milik Iran boleh dipintas jika bank itu beralih kepada institusi kewangan lain atau membiayai aktiviti mereka dengan mata wang lain selain dolar AS.
“Hubungan dagang Iran di seluruh dunia dan peranan utamanya dalam pengeluaran tenaga menyukarkan AS memencilkan Iran dan menekannya supaya mengurangkan kegiatan nuklear dan sokongan terhadap keganasan,” kata laporan itu.
Peningkatan permintaan minyak, harga minyak yang melambung tinggi dan rizab minyak Iran yang begitu besar membantu Iran memperoleh hasil minyak melebihi AS$50 bilion (RM179 bilion) pada 2006.
No2umnO - Hebatnya IRAN, percaya rezeki itu ditangan Allah swt. Tidak seperti sesetengah Pemimpin dunia yang mendewa dewakan Amerika dan Eropah walaupun mereka itu digelar imam atau pemimpin ISlam. Pemimpin yang mendewakan AMerika dan Pemimpin Eropah adalah pemimpin yang sedar dirinya tidak layak untuk jadi pemimpin lantas mengharap agar direstui oleh Amerika untuk terus menjadi pemimpin. Aku tak kata Pak Lah, tapi dia kena lah sedar sendiri.
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
18 minutes ago
0 comments:
Post a Comment