KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

RASUAH POLIS DAN PEGAWAI AGAMA

Pegawai agama, polis, hadapi tuduhan rasuah di Batu Pahat
MStar

BATU PAHAT; Seorang Pembantu Hal Ehwal Islam dari Pejabat Agama Daerah Kluang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat pertuduhan rasuah membabitkan wang RM3,750.

Di hadapan Hakim Indra Nehru Savandiah, Norazali, 38, dari Unit Ukhuwah, didakwa bersetuju menerima satu suapan RM300 daripada Iskandar Johari Abdullah supaya tidak dikenakan tindakan kerana kesalahan khalwat di hadapan Bank Islam, Jalan Datuk Tan Seng Leong, Kluang pada 11 pagi 13 Ogos 2004.

Bagi pertuduhan kedua, Norazali didakwa menerima RM650 daripada Iskandar Johari di hadapan Restoran Ah Muk di Jalan 1, Taman Sri Kluang, Kluang, pada 12.30 tengah hari 16 Ogos 2004 manakala bagi tuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM300 dan cek tunai bernilai RM1,000 juga daripada Iskandar Johari di Jalan Tembikai, Kluang, pada 5 petang hari yang
sama.

Dia dibenarkan diikat jamin sebanyak RM12,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 1 dan 2 April nanti.

Di hadapan Hakim Abu Bakar Katar pula, Norazli didakwa menerima RM1,500 daripada Iskandar Johari di Kedai Makan Khalid, No 4, Jalan Hang Tuah 4/2, Taman Muhibbah, Kluang, pada 12.10 tengah hari 30 Ogos 2004, sebagai suapan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya berhubung kes khalwat.

Abu Bakar membenarkan ikat jamin RM4,000 sementara menunggu perbicaraan juga pada 1 dan 2 April nanti di hadapan hakim Indra.

Dalam kes lain, di hadapan hakim Indra, seorang pegawai polis Inspektor Mohd Noor Zakaria mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah.

Mohd Noor, 38, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Phan Chak Poh bagi melepaskan lelaki itu dan rakannya, Ng Kok Yong, daripada tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, pada 2.30 petang 9 Dis 2005.

Bagi tuduhan kedua pula, dia didakwa menerima suapan RM7,000 daripada Phan di Bistari Bistro di Plaza BCb, Kluang, pada 8.30 malam 15 Dis 2005 bagi melepaskan Phan dan Ng daripada tahanan polis.

Mohd Noor dibenarkan diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan sementara menunggu perbicaraan pada 25 dan 26 Feb.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive