Tetapi ternyata dari tahun ke tahun (persepsi saya itu) terbukti salah. Mereka (PAS) telah memerintah (Kelantan) selama 17 tahun dan (pentadbiran) agak baik kecuali masalah hak peribadi, Mak Yong (yang telah diharamkan), wanita dan lain-lain. - Zaid Ibrahimdipetik: newsyoumavemissed
Dalam akhbar THE SUNDAY STAR Ahad lepas, ahli Parlimen Kota Bharu yang juga bekas Ketua Umno bahagian, Zaid Ibrahim telah secara terus-terang memberikan pandangan beliau berkenaan musuh politiknya PAS. Zaid memang dikenali sebagai seorang tokoh yang berani dan terbuka, dan tindak-tanduk beliau kadangkala tidak disenangi bukan hanya oleh pihak lawan malah sesama kawan sendiri.
Dalam ruangan tersebut beliau menceritakan darihal pengalaman dan persepsinya terhadap PAS di Kelantan. Kata beliau:
I have always had this fear of PAS, seeing it as an authoritarian party, more autocratic and not a religious body.PAS sering menakutkan saya, saya melihatnya sebagai sebuah parti otokratik dan bukannya sebuah gerakan agama.
Itu pandangan awal beliau terhadap PAS, dan beliau menyambung:
But the years have proven me wrong. They have ruled for 17 years and they have done quite well except for personal liberties, (traditional dance) Mak Yong (which PAS has banned), women etc.
Tetapi ternyata dari tahun ke tahun (persepsi saya itu) terbukti salah. Mereka (PAS) telah memerintah (Kelantan) selama 17 tahun dan (pentadbiran) agak baik kecuali masalah hak peribadi, Mak Yong (yang telah diharamkan), wanita dan lain-lain. more...
0 comments:
Post a Comment