KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

Caca marba Umno dan peluang BA di Pulau Pinang

Menjelang pilihan raya, caca marba Umno dan peluang BA di Pulau Pinang.
serkamvelleyonline

Usaha menangkis bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah Omar Shah daripada menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya terus dilakukan oleh Umno Bahagian Permatang Pauh. Ini semua disebabkan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Dato' Jalil Abdul Majid mahukan kerusi itu memandangkan ia lebih selesa berbanding Dun Penanti yang hanya beberapa ratus sahaja majoritinya dalam pilihan raya umum ke-11 dulu.

Selain minat Dato' Jalil ada satu lagi nama yang bakal dilonjakkan di Dun ini bagi menyaingi kedudukan Arif Shah ialah seorang tokoh peniaga, Dato' Nasir Abdullah yang baru dianugerahkan pangkat 'Dato' hasil pertemuan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu perbincangan dalaman Umno. Namun begitu, tokoh muda ini kurang berminat bertanding dalam masa terdekat sebaliknya mempunyai agenda lain untuk menguatkan kedudukan dalam arena politik terutamanya di bahagian serta memperkukuhkan perniagaanya.

Kemungkinan besar beliau berhasrat bertanding dua jawatan utama di peringkat bahagian terlebih dahulu sama Ketua yang dikuasai oleh Dato' Jalil atau timbalan oleh Dato' Firdaus Ismail. Beliau kini menjawat jawatan Naib Ketua Bahagian. Desas-desus mengatakan Dato' Jalil mempunyai peluang 80 peratus jika tokoh muda yang bakal ditonjolkan itu menunjukan kurang minat terhadap tawaran yang diberikan. Bila Dato' Jalil berpindah ke Dun Seberang Jaya maka di Dun Penanti pastinya menjadi milik peguam muda, Saudara Rohaizat jika beliau menang. Kini, menjadi tugasnya mempersiapkan jentera kerana Umno agak malap di Dun ini ekoran pertembungan kuat dengan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) yang banyak menubuhkan cawangan baru. Malah, Dun ini pernah dimenangi KeADILan menerusi calonnya, Haji Abdul Rahman Abdul Kadir dalam pilihan raya umum ke-10 dulu.

Bagi merancang penonjolannya, beliau lazimnya akan bertindak sebagai Pengerusi majlis ceramah penerangan Umno dan terbaru menjadi salah seorang pengelola rombongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ke Serdang, Selangor.

Di Permatang Pasir pula hasrat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, Cikgu Zaidi untuk menjadi calon boleh dikatakan 'karam' ekoran tindak tanduknya yang tidak bermoral.
More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive