Kenyataan Khir Toyo (dalam akhbar NST Selasa 15 Jan 08) tentang perilaku moral yang rendah bukan kayu ukur yang jitu dalam menentukan sama ada seseorang itu calon pilihan raya atau tidak adalah satu kenyataan yang amat tidak wajar dan begitu memalukan dikeluarkan oleh seorang ketua negeri.
Antara MORAL & KREATERIA PEMIMPIN
umno-reform
Kita dikejutkan dengan pengakuan Dr. Chua Soi Lek bahawa beliau adalah lelaki dalam video lucah terbabit. Namun yang lebih menjelekkan kita sebagai anak muda ialah tindakan yang tidak punyai asas oleh MCA Johor untuk mengambil Dr. Chua Soi Lek sebagai penasihat parti MCA Johor.
Kenyataan Khir Toyo (dalam akhbar NST Selasa 15 Jan 08) tentang perilaku moral yang rendah bukan kayu ukur yang jitu dalam menentukan sama ada seseorang itu calon pilihan raya atau tidak adalah satu kenyataan yang amat tidak wajar dan begitu memalukan dikeluarkan oleh seorang ketua negeri. Adakah wajar hanya yang punyai wang dan kuasa sahaja yang patut menjadi calon? Adakah sudah hilang akal pemimpin ini untuk terus mengesampingkan soal moral sebagai persoalan utama dalam pencarian pemimpin? Adakah kemenangan individu lebih penting tanpa memikirkan soal maruah parti? Mahu menang lebih penting atau kemenangan bererti yang dicari? Memenangkan calon tidak bermoral adalah kemenangan yang tidak bermaruah. Mahukah UMNO menjadi parti yang tidak bermaruah? Kita mahu UMNO lebih relevan dengan kehendak nurani rakyat yang masih mahukan kebersihan keseluruhan dalam mengertikan soal kepimpinan. Anak muda mahukan UMNO terus membangunkan negara dan rakyat dalam keadaan kepimpinan yang bersih moralnya. Bersih moral ini yang akan melebihkan pemimpin banyak berfikir tentang rakyat berbanding kantung sendiri. Akan lebih terbangun rakyat di atas keberkatan kebersihan pemimpinnya.
Sekiranya kondisi seumpama ini terus menerus dibenarkan berlaku dalam suasana keterbukaan Malaysia. Jangan nanti kita tidak terkejut dengan corak perlakuan yang lebih keji dari itu bakal dilantik menjadi penasihat bahkan menjadi Presiden parti. Jika dibiarkan maka sudah tidak menjadi peduli rakyat Malaysia dengan kerendahan moral yang berlaku. Jika dibiarkan maka seolah-olah masyarakat Malaysia sedang bergerak mula untuk menerima kekosongan moral dan kerendahan akhlak sebagai pemimpin mereka. Makin dibiar, makin ini bakal dan akan menjadi norma kriteria pemilihan pemimpin.
Selaku generasi anak muda yang mahu melihat Malaysia lebih mampu memacu ke hadapan, kita seakan dan sudah pasti mahu kesedaran ini dihitungkan atas landasan bahawa yang tidak bermoral wajar diketepikan. Yang tidak bermoral harus dihukum. Yang tidak bermoral wajar diperbetul. Bukannya kita mahu yang tidak bermoral terus di atas, yang tidak bermoral lantas dicapai menjadi penasihat. Apakah masyarakat seakan mahu dibuta dan ditulikan anggota mereka? Apakah hinanya masyarakat Malaysia untuk menerima penasihat seumpama ini walaupun untuk komuniti cina. Di mana suara kritis anak muda cina dalam mempersoalan keadaan ini. More...
0 comments:
Post a Comment