KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

PDRM Lemah !!!

Dalam pertemuan itu juga, menurut HalimeyJazimin cukup marah dengan pihak polis yang sehingga kini masih lagi tidak dapat menyelesaikan penangkapan pembunuh anak beliau dan banyak bermain kata-kata yang manis kepada beliau di dalam media cetak dan elektronik walaupun pada dasarnya tidak ada apa yang diperolehinya.

Penculikan Sharlinie: PDRM Lemah, Ketua Polis Selangor Didesak Letak Jawatan
KeADILan

Kuala Lumpur, 15 Januari - Kehilangan seorang lagi anak kecil, Sharlinie Bt Mohd Mashar, 5 tahun ternyata mengejutkan orang ramai selepas masyarakat masih lagi tidak hilang kebimbangan mereka terhadap apa yang menghantui keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin yang diculik dan dibunuh secara kejam beberapa bulan yang lampau.

Dalam satu kenyataan media oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Selangor (AMK Selangor), Halimey Abu Bakar, beliau menyifatkan rentetan kes penculikan ini adalah satu petanda bahawa kredibiliti POlis DiRaja Malaysia (PDRM) kian lemah.

Justeru, AMK Selangor, tegas Halimey, mewakili seluruh rakyat Selangor mendesak agar Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar serta Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Arjunaidi Mohamad melepaskan jawatannya serta merta bagi menebus segala kelemahan di dalam tugasan.

“Baru seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi 6thn yang diculik oleh “lelaki kucing” gelaran yang diberi oleh pihak Polis, dan tahun lepas kita juga dikejutkan dengan penculikan dan pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin.

“Sebenarnya banyak lagi kes-kes kehilangan anak kecil yang tidak ada penyelesaiannya sehinggakan penculik ini sanggup melakukannya berulang kali,” kesal Halimey.

Halimey menjelaskan dalam satu pertemuan yang diadakan oleh AMK Selangor dan Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 13 Januari lepas, antara lain ialah luahan kekesalan ayah Allahyarham Nurin Jazlin, Sdr Jazimin Abd Jalil.

“Beliau turut menceritakan kekesalan dan ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu yang melemparkan berbagai tuduhan terhadap beliau sekeluarga ini termasuklah pihak Polis dan Pemimpin-pemimpin Kerajaan,” jelas Halimey.

Dalam pertemuan itu juga, menurut Halimey, Jazimin cukup marah dengan pihak polis yang sehingga kini masih lagi tidak dapat menyelesaikan penangkapan pembunuh anak beliau dan banyak bermain kata-kata yang manis kepada beliau di dalam media cetak dan elektronik walaupun pada dasarnya tidak ada apa yang diperolehinya.

Tambah Halimey, ‘penindasan senyap ini turut merangkumi pihak media elektronik khususnya yang menemu bual Jazimin tapi tidak disiarkan sepenuhnya keluhan beliau dan disiarkan hanya yang menarik sahaja.

“AMK Selangor amat memandang serius perkara sebegini dan amat menyedihkan ketiga tiga kes ini berlaku di dalam negeri Selangor dan di bawah kawalan IPD Polis Petaling Jaya.

“Persoalannya kenapa pihak Polis Selangor tidak dapat menyelesaikan kes sebegini terutamanya kes Nurin yang kononnya menggunakan teknologi kepakaran luar negara dan bagaimana kes-kes sebegini dalam jangka masa tidak sampai setahun atau sebulan boleh berlaku lagi terutamanya di kawasan kawalan IPD Petaling Jaya,” tegas Halimey.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive