KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

DEMOKRASI MEMBODOHKAN RAKYAT

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Jesteru itu, Parlimen melambangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen kerana wakil-wakil yang di lantik adalah melalui pilihan raya kononnya suara majoriti. Tahukah kita tentang sejarah demokrasi berparlimen di negara kita?

Pembentukan Kerajaan Demokrasi Berparlimen
Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Amalan demokrasi berparlimen ini dilakukan melalui proses pilihanraya. Rakyat Persekutuan Tanah Melayu telah didedahkan serta dilatih untuk memimpin kerajaan, dan dididik dengan pengalaman pilihanraya. iaitu sebagai persiapan ke arah kerajaan berparlimen.

Pada tahun 1951, telah diperkenalkan Sistem Ahli iaitu beberapa orang anggota Majls Perundingan Persekutuan diberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan dan agensi kerajaan. Perubahan baharu itu juga boleh dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah perkauman serta bentuk masa depan politik di Tanah Melayu. Dalam satu rombakan Sistem Ahli pada tahun 1954, beberapa portfolio yang diwujudkan telah dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota Majlis Perundangan Persekutuan.


Dato' Onn bin Jaafar Ha~EhwaI Dalam Negeri
Dr. Lee Tiang Keng Kesihatan

Dato',E.E.C. Thuraisingham Pelajaran

Dato' Nik Ahmad Kamil Kerajaan Tcmpatan, Perumahan dan
Perancang Bandar
Kolonel H.S. Lee Pengangkutan

Dr. Ismail Abdul Rahman Hasil Bumi [Sumber Alam]*

Mustafa Albakri Hassan Perhubungan Industri dan Masyarakat

V.M.N. Menon Pos dan Telekom
Sumber. Laporan Persidangan Majlis Perundangan Persekutuan, Kuala Lumpur, 18 Ogos 1954. hlm. 387388.

Demokrasi berparlimen yang telus adalah terdiri dari pemimpin yang telus di pilih. Untuk telus memilih pemimpin maka SPR perlu telus. Malah budaya berpolitik pun turut adil dan saksama. Media tidak memihak kepada satu pihak dan kebebasan bersuara mengikut landasan sebenar demokrasi itu. Ini tidak berlaku di Malaysia.

Kerana untuk memenuhi majoriti di Parlimen, maka penipuan pilihanraya dibuat. Bila sesebuah parti itu memegang kuasa majoriti, apa apa keputusan akan mudah dibuat dan memihak kepada parti pemerintah. Kerajaan tidak bertanya pendapat rakyat tentang sebarang usul kecuali kuasa bersetuju atau tidak terletak pada mereka mereka yang dipilih di dalam Parlimen.

Menyedihkan di dalam banyak banyak keputusan yang dibuat, ianya hanya memihak kepada pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat. Walau apa pun rungutan rakyat kepada pemerintah, alasannya tetap sama, yakni keputusan yang dibuat adalah keputusan majoriti. Sedangkan majoriti keputusan rakyat hanya lah kepada memilih wakil dan bukan membuat keputusan. Adalah lebih wajar kalau wakil yang dipilih bertanya pendapat kepada rakyat sebelum persetujuan di capai, tetapi ianya tidak berlaku.

Mungkin ada yang mengetahui bagaimana Jepun mengamalkan demokrasinya. Di dalam usaha untuk meluluskan sesuatu yang melibatkan perbelanjaan yang besar mahu pun yang kritikal, kerajaan Jepun akan mengadakan pungutan suara. Maka penuh lah dewan dewan untuk mereka membuat undian. Bagaikan satu pesta dan tanggung jawab rakyat disana. Dengan keputusan itu nanti barulah keputusan dibuat.

Sebagai contoh, sebelum kerajaan membelanjakan sebarang pembangunan yang bernilai berbillion billion ringgit, kita seharusnya boleh membuat keputusan untuk bersetuju atau sebaliknya. Namun kita tidak mempunyai kuasa untuk bertanya atau mempersoalkan tentang itu semua kerana setiap saluran ditutup dan ianya tersekat hanya kepada satu satu peringkat. Suara rakyat diketepikan. Apa yang kita lihat, ianya dipersetujui melalui keputusan suara yang terhad dan selepas itu, bajet pun keluar dan mereka pun membelanjakan wang rakyat dengan sesuka hati.

Sejak kecil kita diajar untuk memuji muji sistem demokrasi berparlimen ini. Kita seolah olah dipaksa untuk bersetuju dengan sistem penipuan sebegini. Dipaksa terima dan dipaksa untuk akur dengan sistem yang tidak adil. Terlalu banyak faktor yang terkandung di dalam sesebuah negara demokrasi itu dan hampir keseluruhan nya meragukan.

Demokrasi sendiri adalah sistem sekular. Sistem yang dicipta oleh kafir untuk menipu rakyat di dalam sesebuah sistem pemerintahan. Secara tidak langsung, Menyertai sistem demokrasi berparlimen bermaksud kita telah secara tidak langsung mengiktiraf perlembagaan sekular ini. Ada pelbagai pendapat yang bercanggah tentang tajuk demokrasi tetapi nampaknya, tidak boleh kata tidak, kerana kebodohan kepimpinan masa lampau, maka kita terjebak di dalam mengikuti sistem yang dirancang dengan teliti untuk mengaburi keadilan sebenar sebuah pemerintahan. Memilukan apabila, disamping ianya tidak telus dan benar, kita juga menyaksikan beberap penggubalan perlembagaan yang dibuat menambah rumitkan lagi sistem ini menjadikan ianya satu senjata yang cukup berkuasa kepada hanya satu pihak untuk terus menjadi parti dominan negara kita.

Kalau difikir ianya tidak berkesudahan. Rakyat membantah ketidak adilan pemerintahan kerajaan sementara kerajaan pula terus berkuku besi untuk bertegas menggunakan sistem yang sama. Barisan Nasional akan bergolok bergadai dan berhempas pulas untuk mengekalkan kekuasaan kerana sekiranya ada parti lain yang lebih baik memerintah, maka untuk mengembalikan kuasa mereka setelah kalah bukan lah perkara mudah. Kerana itu perubahan sistem SPR dan PILIHANRAYA ditolak. Kalau BN atau UMNO bersetuju untuk diubah, maka ia impama menggali kubur sendiri. Kerana itu ianya dipertahankan sehingga kini. Ianya adalah punca titik tolak kepada sebuah sistem pemerintahan itu. Kalau SPR boleh diubah, maka tidak mustahil kerajaan akan berubah. Kalau SPR masih seperti ini, maka angan angan untuk merubah hidup dan corak pemerintahan negara kita ibarat menanti buah yang tidak gugur.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive