Tajol yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1999, 'kononnya' akan digantikan dengan seorang exco pendidikan Perak Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang pernah terlibat dengan sebuah NGO Islam terkemuka ABIM.
Perak bakal bertukar MB selepas pilihanraya ke 12
klpos
TAJOL dijangka ke Pusat, beri laluan kepada muka baru tadbir Perak
Oleh Wartawan KLpos.com
MENTERI Besar Perak, Dato Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali dikhabarkan akan diganti oleh muka baru dalam selepas pilihanraya umum ke 12 ini. Sumber KLpos.com memberitahu, khabar tersebut bertiup kencang di kalangan pimpinan Umno perak sehinggakan wujud kumpulan melobi untuk mencari penganti Tajol Rosli.
Tajol yang menjadi Menteri Besar sejak tahun 1999, 'kononnya' akan digantikan dengan seorang exco pendidikan Perak Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang pernah terlibat dengan sebuah NGO Islam terkemuka ABIM.
Selain itu, Zamrry yang diketahui umum merupakan pengikut setia Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah ditahan beberapa ketika menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika zaman reformasi memuncak berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Bagaimanapun menurut sumber KLpos.com, masalah dengan penggantian Tajol adalah pihak Istana kurang bersetuju dengan nama yang dicadangkan tersebut sehinggakan wujud beberapa nama lain sebagai sandaran.
No2umnO - Selepas Idris Jusoh, kini Tajol Rusli bakal di bawa ke pusat. Maka kerja Pak Lah nanti hanyalah menyusun MANGKUK MANGKUK yang sudah tinggalkan TAHI mereka di negeri untuk dibawa ke pUSAT. DIsana nanti mereka akan menjejehkan najis najis mereka masing masing disana pula. Mungkin angan angan Abdullah Badawi untuk menjaga mereka mereka ini dan barisan pengganti baru akan dikawal oleh Menantunya, Khairy Jamaluddin. Itu pun kalau menang la....
0 comments:
Post a Comment