KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

CALON BN PRU 12


dppkt.wordpress

Oleh : Pena Lapok

Akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Umno Terengganu yang meramalkan 12 orang YB umno akan digugurkan sebagai calon untuk PRU ke-12. 30% yang dimaksudkan oleh beliau, termasuk 32 Dun dan 8 Parlimen.

Menurut satu sumber pejabat umno Hulu Terengganu,Ketua bahagian tersebut antara yang hampir pasti tidak disenaraikan semula sebagai calon.

Walaupun Tengku Putra merupakan Timbalan Ketua Perhubungan umno Terengganu, namum konsprasi antara ketua Umno Negeri dan pusat telah berjaya untuk menggugurkan beliau.

Juga dengan jawatan MT umno pusat, Tengku Putra sah antara yang digugurkan dan termasuk didalam senarai 12 0rang atau 30% yang dimaksudkan oleh Idris Jusoh.

Sumber yang sama juga menyebut Pengerusi PTPTN yang juga merupakan MP Kuala Terengganu akan di pindahkan ke Parlimen Hulu Terengganu menggantikan Tengku Putra Awang.

Sementara itu satu sumber lain yang dikutip di UNIKOM pula memaklumkan bahawa antara ADUN yang akan digugurkan adalah, ADUN Tepuh Ramli Noh, Ahmad Kamal Abdullah ( Sura), Alias Abdullah ( Alor Limbat), Mohd Said ( Kijal) yahya Khatib ( Pengkalan Berangan),Zawawi Ismail ( Kuala Berang) , Abd Latif Awang( Bukit payung) Zakaria Abdullah (paka).

Sementara antara yang akan bertukar dari Parlimen ke DUN ialah A.Rahman Bakar dari Parlimen Marang ke DUN Alor Limbat, Nasir Ibrahim Fikri dari Dun Bukit Tunggal ke Parlimen Kuala Nerus.

Sementara Idris Jusoh sendiri diaktakan akan bertanding di Parlimen Besut setelah satu desakan di kalangan pembesar umno Terengganu.Beliau akan diberi jawatan sebagai menteri kanan di peringkat pusat.

Anatara yang disebut-sebut akan menjadi MB Terengganu seandai BN masih mampu bertahan ialah Rahman Bakar dan Wan Farid Wan Salleh.

Wan Farid dikatakan akan bertanding di DUN Batu Buruk sementara abang belau Wan Hisaham akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu selepas ianya kosong berikutan Dato’ Razali ke Parlimen Hulu Terengganu.


2 orang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama terpaksa digugurkan kerana prestasi mereka tidak selaras dengan perjalanan umno itu sendiri. Ahmad Kamal Dan Ramli Noh merupakan bekas pegawai tadbir agama negeri. Dizaman pemerintahan PAS, mereka berdua merupakan duri dalam daging kepada kerajaan PAS. Mereka berdua ini hanyalah diperalatankan untuk berlawan dengan calon ulamak PAS pada PRU 2004.

Sebenarnya mereka berdua telah mengetahui nama mereka berdua telah tidak disenaraikan semula.menurut seorang kuat Ahmad kamal, beliau amat kecewa dengan keputusan ini malah mereka merasa amat malu dan hina.Ahmad Kamal katanya tidak akan berdiam diri, beliau akan bertindak untuk menebus maruah beliau, jasa beliau terhadap umno ketika tewas 1999 amat besar, masakan hanya diberi sepenggal, beliau kononya mula mengatur strategi.Ramli Noh Pula dikatakan tidak lagi menjalankan tugas sebagai ADUN, beliau langsung tidak menghiraukan rakyat yang datang kerumah beliau untuk mengadu hal,malahan beliau menyuruh seoarang yang datang kerumah beliau supaya berjumpa Dato Deris.

Apa pun keadaan dan suasana yang pasti ” cah kenting ” pasti akan berlaku di beberapa kawasan pilihanraya.Di Marang, Tengku Zainuddin bekas calon BN Rhu Rendang dikatakan mula mengumpul pertugas beliau untuk menaikan bendera PAS sebagai sabotaj kepada Nik Dir yang terpilih sebagai calon Rhu Rendang.Sumber Tengku Zainuddin juga menyebut beliau telah menempah bendera PAS dari peniaga barangan Cina untuk diagihkan kepada Markas PAS dan petugas upahan beliau di kalangan pemuda Umno itu sendiri.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive