KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

APA YANG MENUTUP MATA JPJ, POLIS DAN IMIGRESEN?


“Sepanjang saya bekerja tidak pernah ditahan, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya cari bas ekspres,” katanya kepada wartawan KOSMO! yang menyamar sebagai penumpang.

Kami bebas'

KERATAN KOSMO! semalam.

KUALA LUMPUR – Warga Indonesia boleh menjadi pemandu atau konduktor bas henti-henti tanpa bimbang walaupun ia menyalahi undang-undang kerana mereka tahu pihak berkuasa lebih suka menahan bas ekspres dalam operasi mereka selama ini.

Faktor inilah selain pendapatan yang agak lumayan, mendorong warga Indonesia seperti Tony untuk memberanikan diri menjadi pemandu bas atau `pilot’.

“Sepanjang saya bekerja tidak pernah ditahan, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya cari bas ekspres,” katanya kepada wartawan KOSMO! yang menyamar sebagai penumpang.


SEORANG konduktor bas warga asing di Plaza Kota Raya semalam.

Bagi seorang lagi pemandu warga Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Sujono, pekerjaan sebagai pemandu lebih lumayan dan mudah berbanding kerjaya lamanya sebagai tukang rumah.

“Dulu kerja teruk menukang rumah, tetapi sekarang tidak lagi dan kerja jadi pemandu bas ini lebih senang dan boleh dapat sampai RM1,000 sebulan,” katanya yang lebih suka dipanggil Ery.

Beliau telah bekerja sebagai pemandu bas sejak setahun lalu dan mendakwa memiliki lesen memandu sah yang dikeluarkan oleh JPJ.

Ery mempunyai pengalaman memandu kenderaan awam ketika berada di Indonesia dan tidak berasa janggal untuk melakukannya di ibu kota.

Tinjauan yang dilakukan KOSMO! turut mendapati, rata-rata pemandu dan konduktor bas warga Indonesia terbabit bekerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan awam yang terkenal di bandar raya ini.

Bukan setakat itu saja, para peniaga kecil-kecilan berhampiran Plaza Kotaraya serta pengunjung di situ juga terdiri dari kalangan puak mereka hingga boleh digambarkan kawasan tersebut bagaikan `mini Jakarta’.

Selain itu, kalangan warga Indonesia yang bekerja sebagai pemandu serta konduktor bas itu tidak mencerminkan diri mereka sebagai pemandu bas kerana tidak mempamerkan pas kerja atau lesen memandu kenderaan awam (PSV).

Malah lebih menjijikkan pakaian mereka juga tidak terurus sambil memanggil pelanggan dengan rokok yang tidak lekang di bibir.

Tinjauan yang sama juga mendapati pemandu dan konduktor sebuah syarikat bas yang sama mempunyai penampilan berbeza dengan anak tempatan ada pakaian seragam serta lencana bulat sementara rakan sekerja warga asing dengan stail `ikut suka hati’.

Tidak cukup dengan itu, bas yang dipercayai dipandu warga Indonesia itu juga dilihat melekatkan kertas timah dan pelekat lain pada cermin bas seolah-olah mengelak wajah mereka dilihat dari luar.

No2umnO - Nampaknya JPJ, IMIGRESEN dan POlis tidak mengambil sebarang tindakan mungkin kerana ada yang menerima sogokan dan rasuah. Masakan isu terbiar sebegini untuk sekian lama sedangkan tiada undang undang membenarkan pendatang menjadi pemandu dan kondaktor bas. Nak selindung apa lagi? Tengok keadaan pun sudah boleh agak. POLIS, Imigresen dan JPJ kena lah jawab. Nak tanya sikit RASUAH tu disimpan di mana dan atas nama siapa? Mungkin ada yang mengaku isteri berniaga, kenderaan nama adik dan sebagainya untuk berjaga jaga kalau kalau ditangkap. Tapi jangan risau pihak berkuasa kerana kuasa di tangan anda dan benda HARAM pun anda tak kisah nak buat.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive