"Saya tidak ingat" - Mahathir
Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat pertama kalinya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi siasatan kes skandal kehakiman 'Pita Lingam' yang dikendalikan Suruhanjaya Siasatan DiRaja hari ini.
Sebelum masuk ke kandang saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pegawai mahkamah kelihatan menyediakan air mineral dan sekotak tisu di atas meja kandang saksi.
Mahathir diwakili oleh tiga peguam, Tengku Sofia Jewa, Dato' Dr Yaakob Hussin Marican dan Dato' M Chandran.
Sementara beberepa peguam lain mewakili anak guaman masing-masing antaranya, peguam bagi Tun Mohamed Dzaidin Abdullah, Wong Choo Wah dan peguam bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim, M Puravelan.
Beberapa persoalan yang dihadapkan oleh peguam yang mewakili pelbagai pihak mengenai pelantikan hakim hanya dijawab Mahathir dengan jawapan 'saya tidak ingat' selain 'saya tidak boleh beri penjelasan mengenai alasan mengapa saya tolak cadangan'.
Soalan antaranya menjurus kepada pelantikan Hakim Besar Malaya, Ketua Hakim Negara dan penolakan dua nama bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi.Soalan juga menjurus kepada mengenai pelantikan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang dicadangkan oleh Tun Dzaidin dalam salah satu surat cadangan kepada Mahathir.
Mahathir mengakui ada menerima dan mengutus beberapa surat kepada Dzaidin mengenai cadangan pelantikan hakim-hakim kanan.
Dalam proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahathir mengakui menolak dua nama bagi jawatan tersebut iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainuddin Ismail.
Sementara tiga nama yang disetujui bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi ialah, Dato' Heliliah Mohd. Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato' Ahmad Maarop.
Semalam, surat menyurat antara Mahathir dengan bekas Ketua Hakim Negara (Dzaidin) dikemukakan kepada suruhanjaya tersebut.
Sepucuk daripadanya menunjukkan Mahathir menolak dua nama yang dicadangkan oleh Dzaidin iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainudin Ismail.
Dalam rakaman perbualan Lingam meramalkan bahawa Chew dan Zainudin tidak akan dilantik kerana mereka dari 'kem Dzaidin'.
Bila tanya mengapa nama Chew dan Zainudin digugurkan, Dr Mahathir memberitahu suruhanjaya tersebut yang beliau tidak ingat sebab-sebabnya.
Beliau juga mengakui menolak cadangan Dzaidin berhubung pelantikan Dato' Malek Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya setelah Tun Ahmad Fairuz mengosongkan jawatan itu untuk dicadangkan menjadi Presiden Hakim Mahkamah Rayuan. More...
No2umnO - Nampaknya kalimah hikmat Melayu mudah lupa sudah kena pada batang hidung bekas pemimpin ini sendiri. Lain kali jangan mudah menuduh dan mengkritik bangsa sendiri akhirnya diri yang kena. Kini "MAHATHIR MUDAH LUPA"
Jan 17, 2008
MAHATHIR MUDAH LUPA
Labels: VK Lingam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment