KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

BANGSAT UMNO DI DALAM UKM

UKM arah pensyarah pastikan pelajar tidak sokong pembangkang
Intan Abdullah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Tidak cukup dengan media, kini gelanggang universiti menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional dalam memastikan kemenangan mutlak dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, satu Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi telah mengeluarkan arahan kepada semua tenaga pengajar yang merangkumi pensyarah dan tutor universiti itu agar memastikan tiada pelajar terlibat membantu pembangkang serta menyokong mereka dalam pilihan raya akan datang.
"Namun tidak disebutkan pula larangan tersebut kepada parti pemerintah yakni Umno-BN jika pelajar mahu terbabit untuk menyokong dan menyumbang pertolongan kepada parti tersebut," demikian menurut sumber tersebut.


Arahan tersebut adalah khusus dalam situasi menjelang pilihan raya tidak lama lagi serta lambakan isu yang tidak memihak kepada Umno-BN yang memungkinkan sokongan terhadap parti politik pemerintah itu akan beralih arah.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UKM Prof Dr Abdul Wahid Samsudin yang sepatutnya telah menamatkan perkhidmatan beliau telah disambung kontraknya meskipun beliau telah mencapai usia bersara wajib iaitu 56 tahun.

Berdasarkan sumber yang diterima, ia adalah bertujuan bagi memastikan Abdul Wahid terus berperanan bagi memantau perkembangan politik dalam kampus tersebut di samping mengukuhkan pengaruh Umno-BN pada pilihan raya akan datang.

"Ia juga pada masa sama bertujuan untuk mengelakkan pengaruh parti pembangkang daripada menyusup masuk ke dalam kampus terbabit sama ada daripada pihak mahasiswa mahupun kakitangan universiti tersebut," jelasnya lagi.

Ini kerana ada sesetengah pihak menganggap bahawa Abdul Wahid merupakan agen utama Umno-BN yang bertanggungjawab mencaturkan politik kampus UKM bagi mengikis semua unsur pembangkang daripada bertapak di universiti itu.

Ia termasuklah melaksanakan pelbagai arahan yang berbau politik dalam mengendalikan perjalanan dan mengurus tadbir UKM. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive