Akibatnya semua benda tidak terurus. Bukan kuala Lumpur sahaja dipenuhi oleh pendatang asing. Tapi di Merata kota di Malaysia. Bayangkan berapa ramai sebenarnya pendatang asing yang datang ke sini? Benarkah kenyataan yang kerajaan buat. Aku tak caya dan tak pernah caya pun.
Warga asing penuhi bandar Klang
Utusan Meluat@Utusan Meloya
KLANG 7 Feb. - Pemandangan Klang hari ini seolah-olah seperti bukan berada di negara sendiri apabila ribuan warga asing membanjiri bandar itu ketika warga tempatan mengambil kesempatan bercuti dan pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan tumpuan seperti stesen bas, Plaza MPK dan pasar raya Centrepoint di bandar itu hari ini mendapati kawasan-kawasan tersebut dipenuhi warga Indonesia, Myammar, Bangladesh dan Vietnam.
Kebanyakan mereka memenuhi hampir di setiap sudut kawasan itu secara berkumpulan, bercampur-gaul di antara lelaki dan wanita sambil bergelak ketawa sesama mereka.
Malah, ada di antara mereka berkelakuan tidak sopan seperti berpelukan di khalayak ramai dan membuang puntung rokok merata-rata tanpa mempedulikan kebersihan.
Dalam pada itu, ada juga gerai dan restoran makanan memainkan lagu irama dangdut dari Indonesia.
Keadaan sedemikian mencetuskan rasa tidak senang di kalangan warga tempatan yang merasa terasing serta bimbang terhadap keselamatan mereka.
Seorang pekerja kilang, Zaliha Ahmad, 28, memberitahu, kebanjiran warga asing di bandar itu menyebabkan beliau merasa tersisih dan takut sungguhpun berada di tanah air sendiri.
"Kebanyakan warga asing dari Indonesia bergerak dalam satu kumpulan yang besar dan melepak di atas tangga serta laluan pejalan kaki sesuka hati mereka tanpa menghiraukan keselesaan orang lain.
"Selain itu, dengan tingkah laku serta penampilan mereka yang berambut panjang serta berpakaian tidak terurus itu membuatkan saya takut sekiranya diganggu atau diapa-apakan," katanya.
Sementara itu, seorang guru, Wan Abdullah Wan Abdul Rahman, 30, meminta supaya pihak berkuasa termasuk polis serta Jabatan Imigresen mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan setiap warga asing yang berada di kawasan itu memiliki dokumen perjalanan sah.
Katanya, tindakan itu dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti pergaduhan atau ragut memandangkan bilangan mereka pada hari ini adalah begitu ramai.
"Pemantauan dan tindakan ini dapat memastikan keselamatan dan ketenteraman di Bandar Diraja ini terjamin daripada sebarang kegiatan jenayah atau perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang awam," ujarnya.
Feb 8, 2008
BN, CAKAP LEBIH, TIDUR BERLEBIH LEBIH
Labels: Pendatang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment