PM mahu pemimpin BN peka keluhan rakyat
mstar
PULAU PINANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan masing-masing bagi membolehkan mereka terus mendapat sokongan rakyat.
Perdana Menteri berkata beliau yakin jika langkah itu diambil oleh semua pemimpin BN, rakyat akan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang dan memberi mandat kepada perikatan itu untuk terus memerintah negara.
"Tolong dengar masalah mereka dan perbaiki kesilapan kita. Jika kita berjaya berbuat demikian mereka (rakyat) akan sokong kita," katanya ketika berucap pada Majlis Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Gerakan dan MCA Pulau Pinang di sini Jumaat. more...
No2umnO - 5 tahun memerintah, baru sekarang cerita tentang dengar keluhan rakyat. Walaupun dengar tapi tak berbuat apa apa, tiada gunanya. Jangan lah nak bersandiwara. Bila nak dekat pilihanraya, semuanya macam bagus. Bila dah lepas, batang hidung pun tak nampak. Harap tengok wajah pemimpin kat tv, asyik dia cakap, rakyat dengar. Dolah....dolah....
Feb 8, 2008
Sekarang baru peka, sebelum ni buat pekak.
Labels: Belit Dollah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment