siasahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Februari: Baru diura-urakan untuk bertanding di Negeri Sembilan, secara halus akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melalui rencananya menolak usaha untuk meletakkan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin menggantikan Menteri Besar negeri itu Datuk Seri Muhamad Hassan.
Walaupun tidak menyebut secara langsung nama tokoh muda itu, rencana yang disiarkan Utusan di muka 11 nya, bertajuk "Rasional kekalkan Tok Mat" nampaknya dituju kepada Khairy.
"Spekulasi kedua ialah mengenai seorang pemimpin muda di Pusat yang berasal dari negeri Adat Perpatih itu dan berwawasan futuristik bakal menggantikan Tok Mat. Jika ini berlaku, pemimpin muda itu memasuki fasa kedua cita-cita politik yang dirancangnya beberapa tahun lalu," tulis penulis Utusan itu.
Bagi penulis rencana itu, Ramli Abdul Karim, Muhamad atau lebih dikenali Tok Mat di sana, adalah faktor penyatuan di negeri itu dan baru sahaja empat tahun memimpin negeri itu dengan jayanya.
"Mengekalkan Tok Mat sebagai menteri besar amat penting terutama dalam misi menyapu bersioh kesemua 36 kerusi DUN dan lapan Parlimen," tulis Ramli. Menurut penulis itu, bagi sesetengah pemimpin Umno, spekulasi membawa Tok Mat ke pusat dan menggantikannya dengan pemimpin pemuda Umno itu bukan spekulasi lagi tetapi sudah kepastian.
"Pada pengamatan penulis sejak Jun tahun lalu, bagi sesetengah pimpinan UMNO, kedua-dua spekulasi itu seolah-olah suatu kepastian," tulis beliau.
Feb 8, 2008
Utusan tolak cadangan Khairy jadi MB Negeri Sembilan?
Labels: Belit Khairy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment