Rakyat Tidak Akan Terpedaya Dengan Hasutan Pembangkang - Zam
SUNGAI PETANI, 7 Feb (Bernama) -- Usaha parti pembangkang terutama DAP menghasut rakyat supaya membantu parti itu menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 akan datang tidak akan mendapat sokongan rakyat, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
Beliau berkata rakyat negara ini tidak mudah dihasut apatah lagi untuk menukar kerajaan yang berjaya memerintah sehingga semua kaum dapat hidup dengan aman, makmur, bersatu padu dan maju.
"Pembangkang begitu terdesak sehingga mereka sanggup memperalatkan rakyat," katanya kepada pemberita pada program bersama masyarakat dan penyampaian bubur Asyura di Flet Paya Nahu, di sini, hari ini.
Beliau mengingatkan rakyat mengenai muslihat parti pembangkang yang sanggup menggunakan apa saja peluang untuk menarik rakyat menyokong mereka walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas mana-mana kaum di negara ini.
Mengenai peranan Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam hal ini, Zainuddin berkata agensi di bawah kementerian itu sentiasa menjelaskan kepada rakyat isu semasa yang diputarbelitkan oleh pembangkang.
Katanya RTM akan terus tegas sebagai stesen penyiar yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara dengan menyiarkan berita benar dan bukan bercorak propaganda.
Deyyy Thambi Zam, ini apa?
Feb 8, 2008
ZAM CAKAP BERBELIT BELIT MACAM HAPRAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment