Desakan demi desakan untuk campurtangan Agong di dalam perubahan sistem pilihanraya SPR yang lebih memberikan muka kepada kerajaan Barisan Nasional telah dibuat. Perhimpunan pada 10 November 2007, melakar sejarah kebangkitan rakyat yang sekian lama terhimpit dengan masalah ekonomi dan pendapatan. 136,000 rakyat berbilang kaum berharap agar Raja Raja melayu turun padang memberikan nafas baru kepada rakyat. Bukan mudah untuk rakyat berkunjung ke satu lokasi hanya untuk memohon bantuan dari Raja dan apa yang rakyat dapat sekarang?
Halang demi halangan telah dibuat. Seluruh negara dipenuhi dengan sekatan sehinggalah ke ibu kota. Desakan Parti Pemerintah tidak mahu ianya berlaku memaksa pihak berkuasa, polis dan FRU menggunakan kekerasan untuk mengugut rakyat agar tidak bersama pada hari itu. Keadaan menjadi diluar jangkaan. Pihak kerajaan tidak menyangka bahawa jumlah yang besar datang pada hari itu. Lantas jumlah penguatkuasa undang undang tidak mampu menangani ombak rakyat yang berderau menghempas pantai ibu kota. Tidak mampu berbuat apa apa, mereka hanya melihat. Mana yang tidak bernasib baik terpaksa dibawa ke ibu pejabat polis untuk dikenakan tindakan. Tidak kurang juga yang cedera kerana kekerasan yang dilakukan oleh POLIS pada hari itu.
Itu semua menjadi kenangan dan tidak mustahil kalau dibenarkan semuanya hadir pada hari tersebut tanpa halangan, mungkin bangunan pun boleh tertutup dengan warna kekuningan. Menjadi satu nostalgia dan kerajaan sudah tahu bahawa kerana mereka lah rakyat bangun dan perkara yang sama akan berlaku sekiranya SPR masih cuba menipu untuk pilihanraya kali ke 12, secacat pada tahun 2004 dahulu.
Suasana kecoh itu telah berpindah arah. Kali ini kepada isu video VK LINGAM. Melihat kepada bentuk SURUHANJAYA yang ditubuhkan, maka untuk mencari kebenaran adalah sukar. Apa yang ada hanya lah pembongkaran salah laku dan pengkhianatan kerajaan didalam penubuhan sistem kehakiman negara. Kalau kita mengikuti perbicaraan yang berlaku, semua hakim dan mereka yang dipanggil adalah diantara mereka yang teruk sikap dan lakunya sehinggakan apa yang mereka cakapkan tertunggang langgang. Semuanya berusaha untuk menolak dari tuduhan dan alasan yang mereka berikan, bercanggah antara sama lain.
Makanya, jangan harap pada ketelusan kerana SURUHANJAYA DIRAJA masih ada muslihat masing masing, untuk melindungi mereka mereka yang terlibat. Biarpun dibicarakan bertahun tahun, pasti ianya tidak menjadi jalan penyelesaian. Ini semua berlaku kepada bukan sahaja sistem kehakiman yang tidak telus dan jujur malah SURUHAN JAYA DIRAJA juga cukup meragukan.
Ketika perhimpunan mahupun perlantikan SURUHANJAYA DIRAJA inil, rakyat berharap agar adanya pembelaan oleh Raja Raja Melayu. Rakyat sudah tidak boleh berharap pada pemimpin negara ini kecuali pada Raja tetapi dengan sikap SURUHANJAYA yang hanyut begini, kepercayaan kepada Raja pun sudah semakin kurang. Kita tahu bahawa Raja Raja Melayu masih tertakluk dengan perlembagaan dan undang undang yang telah digubal dan dipinda ketika pemerintahan MAHAFIRAUN. Tapi menurut membabi buta bukan lah jalan penyelesaian kerana rakyat sedang berharap.
Kaum Melayu sebenarnya sudah tidak lagi boleh bermegah dengan bangsa. Ini kerana pemimpin negera yang sebangsa kita, sudah tidak hairan menggunakan kuasa untuk terus korup dan rasuah malah mereka telah menggunakan undang undang yang dicipta untuk menekan rakyat. Berbohong usah cerita lah, hampir setiap hari ada sahaja pembohongan dan penipuan yang dikeluarkan. Kalau Melayu dikritik dan dikutuk, kerajaan Melayu yang ada sekarang menjadi salah satu faktor kepada keadaan ini.
Kini masa depan kita dan jenerasi kita tertakluk kepada diri kita sendiri. Kepercayaan kita sudah luntur kepada pemerintah dan pemimpin melayu dan kini kepada Raja Raja Melayu. Kita bukan mahu kurang ajar tetapi, ianya berlaku di depan mata dan hakikat ini tidak boleh ditolak. Kenapa masih ramai yang takut bersuara. Kritik untuk jadi lebih baik dan bukan untuk jatuhkan kepimpinan bangsa sendiri. Masing masing fikirkan diri masing masing. Masing masing sayang kepada kemewahan yang ada sekarang. Melawan takut harta benda hilang. Takut kuasa tiada, takut jawatan terbang. Maka yang tidak mempunyai apa apa adalah rakyat. Kalau rakyat tidak mahu berubah, bagaimana keadaan bisa berubah. Kalau harap pada orang lain, baik tak payah ada masa depan.
Kita mahu rumah untuk berteduh. Kenderaan untuk bergerak. Kita mempunyai semua ini kerana ianya perlu. Kalau tiada kita susah. Jadi apakah guna kehadiran semua pemimpin sebegini kalau tiada apa yang boleh kita manafaatkan? Tak payah ada lagi senang.
Feb 8, 2008
KEPERCAYAAN KIAN LUNTUR
Labels: Raja Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment