palestinkini
Isnin, 04/02/08 - Akhbar Israel berbahasa Ibrani, Ha'aretz edisi Khamis (31/01) menyiarkan berita berkenaan pihak bertanggungjawab bahan sejarah Israel telah memutuskan untuk memulakan penggalian terowong baru di kampung Islam di Kota Lama, al Quds Timur, berdekatan al Haram al Qudsi (al Aqsa).
Berdasarkan rancangan itu, terowong tersebut akan melintasi di bawah rumah-rumah warga Palestin di kampung Islam, ia akan menghubungkan antara terowong tembok Buraq dan kawasan yang dikuasai oleh pihak Zionis Israel yang dinamakan "Ohal Ishak" (tenda Ishak), yang jauhnya sekitar 150 meter dari pagar-pagar masjid al Aqsha.
Akhbar Ha?aretz menambah bahawa keputusan ini, dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab bahan sejarah Israel dua minggu lalu, diambil tanpa diajukan keseluruhan rancangan yang berkait dengan terowong yang akan digali, kepada pihak perancangan dan pembangunan di Jerusalem (al Quds).
Harian Israel ini menjelaskan bahawa pihak bertanggungjawab bahan sejarah belum meminta persetujuan para pemilik rumah yang terlibat dalam pembinaan terowong tersebut.Undang-undang memberi hak pemilikan terhadap apa yang ada di bawah pemilikan mereka (pemilik rumah).
Rancangan penggalian terowong berdekatan dengan pasak-pasak masjid al Aqsha berlangsung secara berterusan sejak akhir-akhir ini. Disamping itu, aktiviti menjajah kawasan secara meluas dilakukan di kota al Quds dalam usaha Israel menguasai wilayah tersebut. Hal ini seiring dengan pertemuan-pertemuan yang terus berlangsung antara Presiden Palestin, Mahmud Abbas dengan PM Israel Ehud Olmert, yang telah memutuskan untuk menangguhkan pembahasan masalah al Quds dalam perundingan-perundingan yang dilakukan antara kedua belah pihak.
Note: sumber : COMES
Feb 8, 2008
Israel Akan Menggali Terowong Baru di al Aqsa.
Labels: ISRAEL LAKNAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment