KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 8, 2008

MANDAT UNTUK JADI LEBIH KEPARAT

50 TAHUN MANDAT DI BERI, TAPI NEGARA MAKIN TERUK

Pemimpin politik BN masih mengharapkan mandat diberi. Setelah 50 tahun memerintah, kerajaan masih menagih mandat untuk menjadi sebuah kerajaan yang penuh dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penipuan.

UTUSAN Meloya - IPOH 7 Feb. - Rakyat perlu memberi mandat yang besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 supaya kerajaan yang ditubuhkan cukup kuat untuk menangani masalah ekonomi yang dijangka berlaku kesan kemelesetan ekonomi global.

Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn berkata, berdasarkan maklum malas yang diterima, kebanyakan pengundi Melayu menyokong BN, tetapi bukan Melayu lebih cenderung kepada parti pembangkang.

Ko Youn berkata, kerajaan yang kuat penting dapat memastikan ekonomi negara terus membangun untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

''Kita memerlukan kerajaan yang cukup kuat bagi menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi, maka mandat lebih besar perlu diberikan kepada BN,'' katanya.

Ko Youn berkata, apa yang penting sekarang, jentera pilihan raya BN perlu turun ke akar umbi bagi menerangkan kepada rakyat mengenai masalah ekonomi agar tidak digunakan oleh parti pembangkang sebagai 'senjata' semasa kempen pilihan raya.

Sementara itu, ditanya mengenai kedudukan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang menjadi rebutan antara parti itu dengan UMNO dan Parti Progresif Penduduk (PPP), beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan.

Tak cukup lagi kah mandat yang diberikan selamat 50 tahun memerintah. Menagih simpati dari rakyat untuk kerajaan terus mempermainkan mandat dari rakyat yang diberikan sejak dahulu. Janjikan perubahan tetapi apa yang ada hanya lah kehancuran. Kalau setakat membuat pembaziran, maka mandat apa yang perlu diberikan kepada mereka? Apa yang kita dapat?

Orang Melayu silap beri mandat besar pada BN - Salahuddin

"Mereka tidak hiraukan kebajikan rakyat, tak endahkan sengsara rakyat, tak ambil peduli masalah kenaikan harga barang, yang mereka fikir dalam PRU rakyat akan tetap mengundi mereka.

"Wakil-wakil rakyat Umno/BN menggunakan mandat rakyat yang besar ini untuk kepentingan politik dan peribadi mereka," katanya ketika berceramah di Markas PAS Panggau, Kota Keran dekat sini kelmarin.

Salahuddin mengingatkan para hadirin bahawa orang-orang Melayu telah melakukan kesilapan besar dalam politk apabila memberikan mandat kepada Umno walhal nasib bangsa dan agama langsung tidak dipedulikan.

"Berbeza dengan bangsa lain seperti Cina dan India, mereka bijak dalam berpolitik. Mereka mampu bersatu menuntut hak bangsa, agama dan budaya mereka tanpa mengira perbezaan politik.

"Apa jadi dengan bangsa Melayu? Hasil pemerintahan Umno, hak-hak orang Melayu semakin terhakis satu persatu. Kita hilang biasisiwa, hilang Sekolah Agama Rakyat, hilang tulisan Jawi, kita hilang akhbar Utusan Melayu.

"Jangan pandang remeh matinya Utusan Melayu ini, ertinya bangsa Melayu dah hilang separuh badan. Hasilnya generasi sekarang buta Jawi. Buta jawi ertinya buta al-Quran," jelasnya.

Cukuplah.....apa lagi bukti yang rakyat mahukan? Minyak akan naik, barangan pun akan naik. Kalau sekarang pun rakyat sudah perit mencari makan, takkan sampai kita minta sedekah baru kita nak sedar. Berubah lah sebelum negara menjadi bertambah parah. Bukan untuk kita saja tapi untuk kita dan jenerasi kita seterusnya. Jangan berikan MANDAT kepada KERAJAAN YANG KEPARAT !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive