wrlr.blogspot.com
PERMATANG PAUH 9HB FEB 2008 -Demikianlah seadanya.semenjak dua menjak ini maka turunlah panglima-panglima UMNO yang bertapak di Permatang Pauh ini untuk mengadakan bermacam-macam aktiviti untuk mendekatkan diri kepada masyarakat.2 minggu lepas, bertempat di SMK Guar Perahu dengan menggunakan kemudahan sekolah,
"kalau kita berjaya kali ini, kita samun duit rakyat Permatang Pauh dan kita akan dapat banyak kontrak .......ha.ha...ha"
Dato Jalil aka ADUN Penanti telah mengadakan majlis memberi hadiah kepada para kanak-kanak tadika untuk mengambil hati para ibubapa.Kemudiannya di situ jugalah bermulanya majlis sambutan as-syura , mengacau bubur secara beramai-ramai dan kemudiannya menyapu pun bersama-sama. Entahlah khabarnya memang begitu kot sikap para ahli UMNO berebut-rebut sesuatu yang percuma. Patut lah jadi tidak bijak dalam banyak hal akibat termakan barang percuma hasil duit rakyat terbanyak. Bukan semua duit yang dibelanjakan itu duit para ahli dan pimpinan UMNO, duit itu adalah duit rakyat yang dibelanjakan bagi kempen pilihanraya.
"Saya sanggup membantu kempen mendapatkan Permatang Pauh jika kontrak saya sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang disambung setelah saya bersara bulan Februari ini kerana saya baik dengan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh."
Kempen juga didalangi oleh Pengarah Pelajaran Negeri yang sanggup menjadi hamba . Bak kata Anwar pangkat besar, ilmu ada, tapi jiwa kerdil, jiwa hamba.Malah khabarnya beliau juga sanggup untuk berkempen bagi kemenangan Permatang Pauh jika kontrak sebagai Pengarah Pelajaran Negeri dilanjutkan selepas bulan Februari ini. Beliau dikatakan rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh. Maka segala kontrak untuk membaiki,membuat segala baju-baju,di serahkan kepada si Zaidi ini.Ha..ha...ha
Sementara itu, calon ahli Parlimen Parmatang Pauh Ustaz Al Hafiz Firdaus aka Imam Duit yang terkenal menendang peti undi kerana kekelahan 590 undi, telah memberi rasuah pilihanraya kepada isteri bekas-bekas tentera di Taman Pauh semalam. Rasuah sebanyak rm 200 itu juga adalah untuk mempengaruhi undi. maka nasihat saya ialah duit itulah nanti bakal untuk membeli minyak dan belanja membeli barang rumah yang semakin tinggi harganya. Maka ambillah duit itu, tetapi undilah PKR di Permatang Pauh.Jangan bimbang, kerana pembanggunan tetap ada.Mana tahu jika, BA memerintah Pulau Pinang, bantuan persekolahan akan dikurangkan.Anwar mampu melakukannya.
0 comments:
Post a Comment