Malaysiatoday
Media Melayu telah melaporkan kenyataan Najib Razak bahawa Barisan Nasional berkuasa bukan kerana penipuan - ‘ kita tidak tipu dalam pilihan raya’. Najib dan kuncu-kuncunya mendapat kuasa kerana dipilih oleh rakyat. Ini satu pembohongan besar dari Najib.
Najib sendiri sedar dalam tahun 1999 dia hanya dimenangkan dengan 242 undi. Ini pun bukan undi terbuka. Undi yang menyelamatkan Najib ialah undi ‘askar’ atau undi pos. Jika ini tidak bohong maka Sankaran Pillay a.k.a Chandra Muzaffar bukan orang India tetapi orang Eskimo.
Cara membaca media Malaysia amat senang. Apa yang dikatakan oleh menteri harus dibaca sebaliknya. Contohnya, jika menteri berkata Malaysia TIDAK ADA RASUAH maka bermakna di Malaysia ada rasuah. Jika menteri berkata semua rakyat sokong kerajaan bermakna ada rakyat yang TIDAK sokong kerajaan.
Umum telah lama mengetahui bahawa pilihan raya yang telah dijalankan dalam negara kita ini bukan satu pilihan raya yang bebas dan telus. Dari masa ke masa orang ramai makin sedar bahawa ada penipuan yang licik telah dan sedang dijalankan dalam proses pilihan raya. Cerita dan surah pilihan raya tipu ini telah menjadi legenda rakyat.
Apa yang menghairankan DIMANA PENIPUAN ITU DIJALANKAN?
Penipuan utama dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Cukup senang tak payah bersuluh untuk memahami bahawa SPR ini tidak boleh dipercayai. Sesiapa yang percaya kepada SPR samalah seperti percaya bahawa Linggam adalah peguam yang jujur.
Setiap sepuluh tahun akan diadakan persempadanan semula. Ini jerat pertama. Penyokong Barisan Rakyat akan ‘dipindahkan’. Pemindahan ini cukup licik. Bukan nama mereka dialihkan tetapi kawasan mereka dimasukkan ke satu kawasan lain. Kawasan mereka akan dimasukkan ke kawasan yang majoritinya menyokong parti lawan. Dengan cara ini jumlah mereka akan menjadi longgar. Ini terjadi kepada kawasan Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Hasilnya ke dua-dua ahli parlimen ini hilang kerusi pada tahun 2004. more...
Feb 8, 2008
Jangan kira siapa mengundi, kira siapa mengira undi
Labels: Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment