Usah cuba halang polis periksa rumah
hmetro.com.
PETALING JAYA: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemilik rumah atau premis yang enggan memberi kerjasama kepada polis untuk memasuki dan memeriksa kawasan mereka dalam operasi mencari kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang dilaporkan hilang sejak 9 Januari lalu.
Difahamkan, isu itu timbul apabila ada segelintir pihak kurang puas hati dengan tindakan polis tidak mengeluarkan waran untuk menjalankan pemeriksaan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang sejak seminggu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya tidak memerlukan waran untuk memeriksa sesebuah rumah atau sesuatu kawasan terutama membabitkan kes penculikan.
“Apabila maklumat yang diperoleh disahkan berasas, polis perlu bertindak pantas terutama jika ia membabitkan kes tertentu seperti penculikan Sharlinie.
“Sehubungan itu, kami meminta pemilik rumah atau premis yang diperiksa memberi kerjasama penuh kepada polis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Arjunaidi berkata, ia berikutan pihaknya menerima maklumat berhubung seorang pemilik rumah di Kuala Selangor yang enggan membenarkan polis masuk ke kawasan rumahnya dalam operasi mencari Sharlinie, pagi semalam.
“Perbuatan seperti itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana dianggap mengganggu siasatan polis.
“Bagaimanapun, kami masih cuba berlembut kerana kebanyakan pemilik rumah dan premis lain memberi kerjasama baik,” katanya.
Menurutnya, polis hanya akan melakukan pemeriksaan mengikut kuasa yang diperuntukkan selaras dengan undang-undang negara.
Katanya, sepanjang tempoh 29 hari kehilangan Sharlinie sehingga semalam, polis memeriksa 24,000 rumah serta premis di sekitar Petaling Jaya.
Feb 8, 2008
DAH MACAM NEGARA KOMINIS
Labels: Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment