KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 8, 2008

Pekerja Vietnam bikin kecoh

Pekerja Vietnam bergaduh sesama sendiri ketika sambut Tahun Baru Cina
kosmo.

Beberapa pekerja Vietnam yang terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja di Tanjung Kling, Melaka menunggu untuk disoal siasat semalam.

MELAKA - Keghairahan menyambut Tahun Baru Cina di kalangan sekumpulan pekerja Vietnam bertukar tragedi apabila seorang terbunuh dan dua lagi cedera dalam satu pergaduhan di sebuah asrama kilang di Tanjung Kling kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Supritendan R. Gunarajan berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham sesama mereka.

"Pekerja Vietnam tersebut dipercayai meraikan kedatangan Tahun Baru Cina sebelum berlaku pergaduhan kira-kira pukul 11.30 malam.

"Semasa pergaduhan, mangsa yang berusia 23 tahun telah ditikam beberapa kali di perut dengan objek tajam," katanya.

Asrama pekerja kilang membuat kain itu menempatkan 331 pekerja Vietnam.

"Beberapa rakan mangsa telah cuba menyelamatkan mangsa dengan menghantarnya ke Hospital Melaka dengan teksi, namun mangsa telah disahkan mati setibanya di sana," kata beliau sambil menambah, polis turut menahan 13 suspek untuk soal siasat.

Jelas Gunarajan, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 147 akta sama kerana merusuh.

Cerita lain
Dua warga Vietnam yang cedera dibelasah penduduk gara-gara hendak mencuri sebuah motosikal di Flat Paya Nahu , Sungai Petani, Kedah semalam.

Dalam satu kejadian lain di Sungai Petani, Kedah, dua sahabat warga Vietnam dibelasah 20 penduduk gara-gara hendak mencuri motosikal penduduk di Flat Paya Nahu di sini semalam.

Mangsa yang berumur 24 dan 25 tahun itu cedera di muka, tangan dan kaki terpaksa dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Kejadian bermula pukul 12.15 pagi apabila kedua-dua warganegara Vietnam terbabit yang sedang mabuk tiba di rumah sewa teman wanita salah seorang daripada mereka di Taman Seruling.

Menurut teman wanita kepada mangsa, lapan rakan serumahnya menghalau kedua-dua warga Vietnam terbabit apabila berlaku sedikit pertengkaran ketika itu.

Dakwa Hua, akibat tidak puas hati dihalau, warga Vietnam terbabit mula mengamuk sambil memegang pisau dan mengancam untuk mencederakan mereka semua.

Kedua-dua lelali itu kemudian melarikan diri ke arah Flat Paya Nahu tidak jauh dari situ dan cuba mencuri sebuah motosikal di kawasan letak kenderaan di bawah blok rumah pangsa itu.

Bagaimanapun, perbuatan mereka dihidu pemilik kenderaan tersebut lalu meminta pertolongan penduduk lain sebelum bertindak membelasah dan menangkap dua warga Vietnam itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali mengesahkan kejadian itu dan katanya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive