KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

ADA ORANG NAK KENAKAN MCA ?

(Dipublikasikan pada jam 1.54 pagi, 08 FEB 2008)
gegesake.blogspot.com

INSIDEN `menagih janji' oleh kira-kira 70 pengundi Cina di luar bangunan UMNO mendapat reaksi `super pantas' daripada MCA, di mana satu SMS menafikan ia perbuatan MCA telah dihantar kepada orang-orang terpilih , selain secara rambang.

DIKATAKAN amat pantas kerana ia muncul pada telefon bimbit penerima pada jam 4.54 petang iaitu ketika pengundi terbabit sedang beransur meninggalkan perkarangan bangunan UMNO.
ANTARA kandungan yang dikirimkan menerusi nombor 7393000629 adalah seperti berikut: "Seseorang mempergunakan nama MCA dengan tujuan merosakkan nama baik MCA dan mengelirukan keadaan. Sebenarnya langsung tidak wujud soal membahagikan wang, oleh itu diharap pengundi yang bijaksana mempercayai perkhidmatan MCA sepanjang tempoh 50 tahun ini. Sila terus beri sokongan kepada MCA."
SEKITAR jam 8.00 malam (7FEB208), satu risalah dengan tujuan sama tersebar meluas di kawasan Jalan Kebun Sultan. Sebaran ang agak tepat kerana ketika itu calon Pas kerusi DUN Kota Lama, Datuk Anuar Tan sedang adakan perjumpaan dengan pengundi Cina di pos Pas depan Medan Selera Kebun Sultan. Kandungannya sedikit berlainan tetapi maksud dan tujuan adalah sama. "Berita besar, harap jangan percaya ada orang membahagikan duit! Ada orang gunakan nama MCA dengan mengatakan bahawa MCA membahagikan duit, MCA ingin perjelaskan bahawa perkara ini tidak berlaku. Jangan tertipu, jangan dipermainkan oleh orang lain. Tidak berlaku seperti mana yang disebut iaitu pergi ambil duit di bangunan UMNO, ini tiada kaitan dengan MCA. Ada individu rancang kucar-kacirkan keadaan, rancang supaya rakyat membenci MCA. Ini merupakan suatu penipuan politik. Jangan biarkan pengkhianat ini mencapai matlamatnya."

WALAUPUN MCA berjaya bertindak secara cepat dan tepat menyangkal situasi tersebut, namun GEGESAKE rasa ada yang tidak kena dalam kejadian tersebut berdasarkan maklumat berikut -

Pertama: Kejadian bagi duit dalam bangunan UMNO memang wujud, antara jam 11.00 malam hingga jam 2.00 pagi, ada orang bagi ada orang ambil. (Kecuali semua yang berhimpun di luar bangunan UMNO itu berbohong secara beramai-ramai.)

Kedua: Sebelum sesi beri duit, dipercayai orang yang dikatakan membahagikan duit itu ada dalam bangunan UMNO bersama hadirin termasuk Datuk Mohd Fatmi. Dia bagi duit selepas Datuk tinggalkan majlis. (Kecuali semua yang berhimpun itu tidak cam Datuk Mohd Fatmi dan tersilap orang).

Ketiga: Orang yang dicam menjadi orang yang ambil `habuan' paling banyak pada malam tersebut ialah seorang lelaki yang disahkan menjadi `penunggu' pos Pas di Jalan Kebun Sultan.

Keempat: Memang berlaku pengundi Cina yang berada dalam bangunan UMNO telah berebut-rebut menghulur IC untuk merujuk daftar pemilih sebelum setiap nama yang disahkan itu dipanggil ke depan untuk ambil duit RM50 seorang.

Kelima: Sepanjang hampir 3 jam berhimpun, mereka sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang empunya duit itu, yang mereka tahu ialah segala yang berlaku adalah seperti yang disebut di atas.

Keenam: Tidak ada seorang pun yang tuduh MCA membahagikan duit, yang mereka kecoh ialah kenapa pembahagian duit itu tidak dilakukan sebagai yang dijanjikan pada jam 2.00 petang (7FEB2008).

Ketujuh: Tiada bukti dan tidak seorang pun yang berhimpun itu mendakwa Datuk Mohd Fatmi berjanji untuk memberi duit pada malam tersebut.

BERDASARKAN fakta di atas, memang wajar dan merupakan keputusan yang betul apabila Datuk Mohd Fatmi tidak perlu muncul di situ untuk memberi penjelasan. Cuma yang menjadi persoalan ialah untuk apa petugas MCA muncul di situ untuk membuat penjelasan yang tidak perlu kerana mereka tidak pun menuduh MCA punya angkara. Mereka kecoh hanya kerana tidak puas hati kena tipu, orang yang janji nak bagi duit itu tidak muncul. Tidak pula mereka kata MCA tipu.

GEGESAKE berpendapat, penjelasan oleh MCA hanya akan `merumitkan' lagi keadaan, sejak awal pun MCA tidak disabitkan dengan kejadian itu. Sebaran SMS dan risalah oleh MCA bagi `memutihkan' diri telah mengakibatkan hal itu semakin hangat dan diperkatakan secara meluas, ia menjadi topik perbualan sehingga menimbulkan pandangan-pandangan pro dan kontra di kalangan masyarakat Cina, ia sebenarnya boleh dielakkan.

PADA asalnya hanya segelintir yang tahu, tetapi disebabkan penjelasan yang dianggap tidak perlu itu menyebabkan semakin ramai yang tahu, yang nak ambil tahu dan yang menokok tambah cerita.

APA PUN, inilah cabaran politik. Orang yang kedua-dua belah kakinya tenggelam dalam kancah politik harus berfikiran panjang, jangan mudah melatah dengan sesuatu isu. Tidak pasal-pasal MCA terkait dalam isu ini dan menjadi perbualan hangat warga Cina Kota Bharu menjelang saat akhir hari mengundi. Sungguh tidak berbaloi. Semoga niat baik MCA difahami dan boleh diterima baik para pengundi Cina negeri ini. Selamat bertanding !

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive