KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

LAPURAN DARI WAK 3.33 pm

Kerja wak di pondok panas PAS nampaknya terpaksa di hentikan. Ramai kaum India sudah datang membantu dan keadaan menjadi sedikit heboh dengan sokongan padu dari mereka.

Keadaan sungguh diluar dugaan. Kehadiran orang ramai berlainan jika dibanding dengan tahun 2004. Kini rakyat sudah sedar dan mahu membantu Parti pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Pondok Panas yang wak jaga cukup meriah kerana ramai di datangi orang dan Sokongan orang ramai yang melalui dihadapan jalan cukup memberangsangkan. Mereka mengibar kan bendera Keadilan dan PAS sementara 'honk' dibunyikan bertali arus.

Debaran kelihatan di wajah pekerja pondok panas Barisan Nasional, di dalam melihatkan perubahan yang berlaku.

Dalam pada itu, wak menerima banyak sms tentang keadaan di seluruh malaysia. Untuk kepastian dan menyebarkan semua berita, wak terpaksa meninggalkan pondok panas dan berkejar ke Starbuck untuk mendownloadkan semua berita dan alhamdullillah semuanya berjalan lancar.

Sama sama kita nanti kan berita selanjutnya. DI Timur keadaan sudah menjadi panas sementara banyak tempat sudah menceritakan tentang penipuan yang cuba di lakukan oleh SPR dan kakitangannya. Malah pengundi hantu cuba beberapa kali dimasukkan.

Namun kecekapan dan ketabahan jentera Barisan Alternatif diharap dapat meneruskan usaha memantau mereka dari masa ke semasa.

Bersama sama kita berdoa akan negara berubah kepimpinan kerana selagi BN memerintah, POLIS dan SPR akan terus bersekongkol untuk menjayakan agenda jahat mereka.

LAWAN ..... TETAP ...... LAWAN !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive