KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

Jam 6.26 ptg .... menanti satu penyiksaan.

ImageJam menunjukkan jam 5.00 petang, waktu mengundi pun sudah selesai. Hujan turun dengan lebat dan petir berdentum dentam di tempat wak. Mungkin ianya petanda atau isyarat. Apa akan jadi pada BN dan apa akan jadi pada BA. Masing masing sedang menanti dan menanti. Tidak sabar rasanya memperolehi jawapan pengiraan undi pada kali ini. Beberapa sms dan berita di terima. Kecoh di sana dan sini. Baca berita di dalam internet, banyak kekeliruan dan kekacauan akibat perjalanan undi yang tidak dilakukan secara professional. Kalau tiada beruk masakan pokok bergoyang.

Hati bertanya tanya apakah berita yang terbaharu. Di internet seperti sudah tiada berita. Mahu cari dimana lagi? Kalau di TV semuanya masih menyebelahi BN parti Barua Negara. Meluat nak tengok, macam tak der cerita lain.

Melalui berita di radio pun serupa itu. Semuanya terkawal sedangkan di Terengganu sudah kecoh. Begitu lah keadaan media di Malaysia selagi BN berkuasa. Kalau mahu yang telus, mulus dan adil, tolak BN keluar dan ketika itu impian untuk mengetahui berita sebenar akan tercapai. Sekarang ni, semua pembaca berita, wartawan dan editor media yang ada semuanya tak der telur. Pengecut dan penakut.

Isu pengundi hantu merata rata, nama di pindah pindahkan memang banyak dan tidak kurang juga nama yang disasarkan ke lokasi lain sehingga menimbulkan kebingungan pengundi. Rata rata pengundi parti pembangkang yang menerima nasib sebegini kerana mereka tahu undi mereka pada tahun dahulu. Tidak kurang juga nama yang langsung tiada di dalam senarai. Di utara dan KL, kecoh pula dengan nama yang dicuri untuk buat undian. Datang ke tempat membuang undi, orang dah gunakan nama untuk mengundi.

Selagi belum selesai mengira undi, hati berdetup detap. Harapan memang tinggi kalau lihat pada keadaan sekeliling. Pengundi bertali arus keluar, tidak seperti tahun tahun lepas. Mungkin rakyat sudah sedar bahawa sudah sampai masanya untuk tukar kerajaan. Berita penipuan dan putar belit BN sudah sampai ke telinga rakyat. Sudah tidak mampu ditepis lagi. Hadhari? Gambar pak lah pegang pinggang michelle yeoh sejak semalam sudah tersebar.

Wak baru terima berita bahawa di Dun Selat Kelang pun tidak kurang juga kecohnya. Perbalahan berlaku jam 1 tgh membawa ke 2 ptg. FRU dikejar kan kesana dan wak masih menanti untuk pengesahan. Datang lagi sms mengatakan di Sri Muda, Shah Alam juga berlaku perbalahan. Mahukan kesahihan berita kena tunggu masa.

Sekarang jam 6.22 ptg, masih di depan komputer dan bagaimana kah nasib rakyat Malaysia? Terus akan ditipu atau bakal bersorak gembira dengan pengumuman malam ini? Usaha sudah dibuat....sekarang kita bertawakkal.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive