KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

TERKINI: 10.46pm

BN tumbang di Kedah - PAS, KeADILan sedia tubuh kerajaan negeri
Mohd Rashidi Hassan dan Helmi Khalid
harakahdaily.

TERKINI! KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Jika tidak ada aral PAS dan Parti KeADILan Rakyat dijangka menubuhkan kerajaan negeri setelah keputusan tidak rasmi menunjukkan ketiga-tiga parti pembangkang itu memenangi 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Hussin berkata setakat ini PAS dan KeADILan sudah memenangi majoriti mudah setelah keputusan dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, PAS sudah memenangi kerusi Dun, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Kupang, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.

Sementara KeADILan memenangi kerusi Dun Derga dan Lunas.

Harakahdaily difahamkan, DAP turut memenangi kerusi Dun Kota Darulaman.

Yusuf berkata, kerusi-kerusi Dun yang masih belum disahkan tetapi sudah hampir pasti dimenangi PAS adalah, Pantai Merdeka, Bandar Baharu, Guar Chempedak, Ayer Hitam dan Kota Siputeh.

Sementara itu BA telah memenangi enam kerusi Parlimen di Kedah iaitu Baling, Pokok Sena, Padang Serai, Sik dan Pendang.

Masing-masing diwakili Ustaz Mohd. Taib Azzemuddin, Haji Mahfuz Omar, N. Gobalakrishnan, Cikgu Uda Cik Nik dan Dr. Mohd. Hayati Othman.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive