KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

AWAS ... SURAT ARAHAN PALSU !!!

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/suratpalsu1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

(Foto: Mohd Yani bermasa surat palsu yang ditemuinya)

Surat palsu dari Presiden PAS - Laporan Polis dibuat
buletinonline.net
Marang, 8 Mac – Tidak cukup dengan segala media yang dikuasai dan fitnah serta tohmahan yang dibuat, UMNO/Barisan Nasional (BN) Terengganu yang semakin ‘panik’ akibat kemerosotan sokongan. memaksa mereka membuat dan mengedarkan ‘surat palsu’ yang menggesa rakyat agar memboikot Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, serta tidak keluar mengundi hari ini.

Namun demikian surat itu mudah dikenali sebagai palsu kerana pereka surat tersebut tidak menulis tarikh diatasnya. Surat yang kononnya ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Boikot Pilihan Raya Umum Ke-12’.

Sehubungan itu, seorang petugas pilihan raya PAS, Mohd Yani Draman, 42, dari Kampung Wakaf Tapai, Marang, telah membuat satu laporan polis sekitar jam 10.00 malam semalam di Balai Polis Bukit Payong, meminta satu siasatan dilakukan segera oleh pihak polis, kerana surat tersebut mempunyai unsur pengkhianatan.

Katanya, surat tersebut telah dijumpai di kaki lima sebuah premis perniagaan kedai makan yang terletak bertentangan dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat.

“Pada jam 9.30 malam, saya berhenti di sebuah kedai makan bersama tiga rakan lain untuk makan malam.

“Saya terjumpa sekeping surat yang berkepala surat dan berlambangkan lambang parti serta ditandatanagani oleh Presiden PAS ,” ujarnya.

Katanya, antara kandungan surat tersebut menggesa agar rakyat terutama penyokong PAS tidak keluar mengundi serta memboikot pilihan raya kali ini.

“Saya langsung tidak percaya surat itu dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru yang menyeru supaya rakyat memboikot ,” ujarnya.
Di sebalik itu, katanya ‘mood’ rakyat masih kuat dan bersemangat mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive