Umno BN tipu rakyat, 'pengundi hantu' tunjuk perasaan tunggu wang upah
Wan Nordin dan Lan Jusoh
harakahdaily
KOTA BHARU, 8 Mac (Hrkh) - Penipuan demi penipuan yang dilakukan Umno/BN dilaporkan di sana sini di Kelantan hinggakan ianya tidak boleh disembunyikan lagi.
Di seri Cemerlang, sejak jam 9.00 pagi tadi Ketua Biro Harakah Kelantan melaporkan ribuan pengundi luar sedang berkumpul untuk menuntut wang yang dijanjikan kepada mereka untuk mengundi di Kelantan.
Mereka telah mengadakan tunjuk perasaan berikutan wang yang dijanjikan tidak sampai lagi.
Difahamkan mereka ini akan mengundi di beberapa lokasi hangat seperti Kota Bharu, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Machang dan Rantau Panjang.
Sementara itu di beberapa pusat mengundi lain, petugas-petugas PAS termasuk di Kadok, Pengkalan Kubor, Meranti, Demit, Kemuning dan sedang mengawasi pergerakan pengundi luar yang dikatakan sedang menuju ke Dun-dun tersebut.
Mereka mendapat maklumat hampir setiap Dun yang dinyatakan akan dihantar sejumlah 200 hingga 300 orang pengundi luar termasuk pegundi dari Indonesia dan Thailand.
"Kita akan menghalang pergerakan mereka ini, walaupun setakat ini mereka dibantu oleh pihak berkuasa untuk bergerak," kata seorang petugas PAS, Zubir Che Wil yang melaporkan kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Sementara itu suasana di Kota Bharu, Ketereh terutamanya di Dun Kok Lanas semakin panas, pentugas BN dan PAS serta KeADILan saling berebut untuk mendapatkan pengundi bagi meraih undi.
Kelihatan beberapa orang petugas Puteri Umno menggunakan pedekatan 'manja' dan 'gedik' untuk menarik sokongan pengundi terutamanya kalangan pengundi lelaki muda.
Sejak pusat mengundi dibuka pagi tadi hingga kini, ramai di kalangan pengundi saluran satu (warga emas) membuang undi, sementara sekitar jam 12 hingga 2 petang tadi, kalangan pengundi saluran dua dan tiga mula membanjiri pusat-pusat pembuangan undi.
Mar 8, 2008
TUNJUK PERASAAN TAGIH WANG UPAH DARI BN
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment