KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

Keadaan makin serius di Tanah Merah

Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Pengkhianatan terhadap proses pilihan raya yang adil dan bersih makin serius di Tanah Merah, Kelantan.

Sebahagian pengundi hantu telahpun menyerahkan kad-kad pengenalan mereka kepada para petugas Barisan Nasional (BN).

Memburukkan lagi keadaan, dalam tindakan yang dianggap oleh para petugas sebagai bersekongkol dengan pembunuhan demokrasi, pihak polis pula mengawal pengundi-pengundi hantu itu untuk dibawa ke pusat-pusat pengundian.

Para petugas PAS di sana sedang bertungkus-lumus menghadapi keadaan itu
.

Ketika dihubungi salah seorang dari mereka mempersoalkan penglibatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam perkara itu.

Sebelum ini, di Jeli, seorang anggota polis memberitahu para petugas PAS bahawa Ketua Polis Negara telah mengarahkan supaya kotak-kotak undi pos dalam kawalannya dibawa dan diletakkan di balai polis.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan meminta supaya jangan didedahkan apa yang beliau nyatakan itu, kata salah seorang dari kira-kira 50 petugas PAS yang terlibat dengan kejadian itu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive