Ditahan: Lelaki simbah cat di rumah Rashid
Malaysiakini
Seorang, daripada tiga lelaki, yang disyaki menyimbah cat merah di kediaman pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam berjaya ditahan di Seberang Perai.
Pengawal keselamatan berusia 44 tahun itu berbuat demikian sebagai membantah keputusan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di jari pemilih pada hari pengundian esok.
Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata penahanan itu berasaskan panggilan telefon dan SMS yang dikirim kepada Abdul Rashid tidak lama selepas insiden tersebut, lapor Bernama.
Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang bukti pada lelaki itu yang ditahan petang semalam. Polis juga belum menentukan motif kejadian.
Semalam bahagian pagar rumah Abdul Rashid disimbah dengan cat merah oleh tiga lelaki, sejurus selepas tengah malam. Kejadian itu disedari beliau hanya pada sebelah pagi.
Sementara itu SPR menjangkakan keputusan pengundian paling awal diperolehi pada jam 7 petang esok, lapor laman The Star. More...

No2umnO - Apa kaitan Pengawal Keselamatan dengan keputusan SPR dan bagaimana dia dapat nombor talipon Rashit. Sampai sekarang masih tiada apa apa lapuran yang tentang penangkapan. Adakah terdapat masalah peribadi antara Rashit dan Pengawal Keselamatan? Mungkinkah dianya seorang bekas pengawal keselamatan yang pernah bekerja dan mempunyai masalah antara mereka? Gaji tak bayar? DIberhentikan? Ha.......Rashit nampaknya ambil kesempatan dari masalah peribadi untuk dijadikan bahan pilihanraya.
0 comments:
Post a Comment