(Harakah) - Ugutan tembak menjadi gertakan terbaru musuh-musuh negara yang memerangi rakyat demi melindungi pengundi-pengundi hantu yang mereka kawal.
Di Tanah Merah, pengundi-pengundi hantu yang dibawa dengan beberapa buah bas diberikan perlindungan di Chalet Lata Hujan dan Sekolah Menengah Tanah Merah.
Tempat berkenaan dikawal oleh pihak keselamatan lengkap dengan senjata api. Mereka mengugut akan menembak sesiapa sahaja yang menghampiri tempat tersebut.Dalam perkembangan lain, di Kuala Lumpur, pengundi-pengundi yang telah berusia di dalam kawasan Parlimen Titiwangsa menghadapi kesulitan untuk mengundi sehingga ada yang terpaksa balik tanpa mengundi.
"Di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan misalnya, tempat mengundi diletakkan di tingkat empat. Ada pengundi tua yang pulang tanpa mengundi kerana tak mampu naik ke tingkat empat," kata calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali.
Bagi mengatasi masalah itu, katanya, ketua tempat mengundi terpaksa turun naik untuk membawa kertas mengundi kepada pengundi-pengundi yang tidak mampu naik.
"Tempat mengundi yang menyusahkan pengundi sepert itu mesti dipindahkan untuk memudahkan semua pihak mengundi," kata Dr Lo' Lo'.
0 comments:
Post a Comment