KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

Keadaan di Rusila tegang, FRU mengganas, seorang ditembak!

Harakahdaily
harakahdail

Terkini! | KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Harakahdaily sepanjang hari ini akan cuba membawa sedekat mungkin laporan di kalangan wartawan kami yang sedang bertugas di beberapa lokasi seluruh negara. Berikut adalah beberapa laporan yang dapat dirakamkan.

1. Terengganu

Wartawan INTAN ABDULLAH melaporkan, keadaan di Rusila, Terengganu dikatakan tegang akibat kekecohan yang berlaku antara penyokong PAS dengan pihak keselamatan kerana menahan dua buah bas yang dikatakan membawa pengundi hantu.

Dalam kejadian tersebut, pihak polis dan FRU telah melepaskan hampir 50 das gas pemedih mata dan antara yang turut terkena adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anak beliau, Mohd Khalid.

"Anak Presiden PAS, Mohd Khalid dan sepupunya serta sembilan yang lain telah ditangkap polis dan pihak FRU telah melepaskan hampir 50 das gas pemedih mata kepada para penyokong dan pengundi yang berada di sekitar kawasan pengundian.

"Seorang pemuda berusia sekitar 30 tahun pengsan akibat tindakan FRU itu,"jelas Intan.

Sebelum ini lebih 5,000 penyokong PAS mula berkumpul di sekitar pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Rusila untuk menunaikan undi.

Namun, sekitar jam 10 pagi berlaku kekecohan apabila dua buah bas dilihat cuba masuk untuk membawa pengundi.

Dalam kekeceohan tersebut, keadaan menjadi gawat, apabila FRU pula mula mengejar dan memasuki kawasan kampung di sekitar kawasan berkenaan untuk cuba menangkap penyokong yang berhimpun sebelum ini.

Seorang penduduk yang ditemui memberitahu, "kami berasa takut dan tidak selamat. Beginikah laungan moto manifesto BN bahawa, 'Selamat, Aman dan Makmur'. Ramai penduduk terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah kerana bimbang tindakan ganas pihak berkuasa."

12.30pm - Seorang penyokong PAS, Razak Seman dilaporkan telah ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis.Keadaannya dilaporkan parah.

2. Lembah Klang

Wartawan, ANIS NAZRI yang melaporkan dari pusat pengundian Dewan Serbaguna, AU2, Taman Keramat memberitahu bahawa berlaku kekecohan di kawasan tersebut apabila beberapa pengundi tidak dapat mengundi kerana nama mereka tidak berada dalam senarai daftar yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saluran 2 terutama pengundi yang lahir pada tahun 1944 ke bawah seperti 1043,1942 dan 1941 menghadapi masalah dan kekalutan kerana nama mereka hilang daripada senarai SPR.

"Padahal, semasa mereka menyemak di luar kawasan pengundian (pondok-pondok panas BA) nama mereka ada, tetapi bila masuk ke kawasan dalam untuk semak dengan SPR nama mereka tiada dalam senarai, ini secara tidak langsung menyebabkan saluran 2 menghadapi masalah dan berlaku kekecohan,"jelas Anis.


Dalam pada itu, wartawan ROY RASUL melaporkan, situasi sama juga berlaku di situ apabila beberapa pengundi kaum Cina mengadu tidak dapat mengundi di sebabkan nama mereka tidak ada dalam senarai pengundi SPR.

Selain itu, kedudukan 'barung' atau 'pondok panas' BA yang tersepit dengan barung BN dikiri dan kanan juga dikatakan menimbulkan suasana yang tidak puas hati.

Ini disebabkan dengan keadaan barung BA yang tersepit, suasana menjadi tidak tenteram dan bingit serta mengganggu kakitangan serta petugas BA untuk menjalankan tugas.

Manakala wartawan NYZA AYOB yang melaporkan suasana di pusat mengundi Dun Cempaka melaporkan bahawa petugas BA telah mengesan tindakan seorang petugas SPR yang cuba untuk mengundi untuk kali kedua.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat pengundian di Sekolah Gama di lorong Bahagia, Kampung Pandan dan pihak BA telah pun membuat laporan polis.

3. Perlis

Sementara itu, RASHIDI HASSAN melaporkan calon PAS bagi Parlimen Arau, Dato' Dr Haron Din membuat bantahan dan aduan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya kerana wujud kes pengundi tidak dapat mengundi kerana namanya sudah digunakan untuk mengundi.

Ustaz Haron turut membuat laporan polis di balai berdekatan sebentar tadi.

Menurut Ustaz Haron, Harison Mat Saman pengundi di Dewan Undangan Negeri Guar Sanji dan Mansor Jusoh untuk Dun Pauh mendapati nama mereka sudah digunakan.

Kedua-duanya dalam Parlimen Arau di mana Timbalan Mursyidul Am PAS itu ditentang oleh Dato' Ismail Kassim, adik Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim.

"Inilah yang saya katakan sebagai pengundi hantu, jelas Barisan Nasional memberikan kad pengenalan palsu kepada penyokongnya untuk mengundi.

"Pada saya taktik ini amat kotor dan jelas bertentangan dengan lunas demokrasi," tegas Ustaz Haron. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive