(Harakah) - Wartawan, ANIS NAZRI yang melaporkan dari pusat pengundian Dewan Serbaguna, AU2, Taman Keramat memberitahu bahawa berlaku kekecohan di kawasan tersebut apabila beberapa pengundi tidak dapat mengundi kerana nama mereka tidak berada dalam senarai daftar yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saluran 2 terutama pengundi yang lahir pada tahun 1944 ke bawah seperti 1043,1942 dan 1941 menghadapi masalah dan kekalutan kerana nama mereka hilang daripada senarai SPR.
"Padahal, semasa mereka menyemak di luar kawasan pengundian (pondok-pondok panas BA) nama mereka ada, tetapi bila masuk ke kawasan dalam untuk semak dengan SPR nama mereka tiada dalam senarai, ini secara tidak langsung menyebabkan saluran 2 menghadapi masalah dan berlaku kekecohan,"jelas Anis.
Dalam pada itu, wartawan ROY RASUL melaporkan, situasi sama juga berlaku di situ apabila beberapa pengundi kaum Cina mengadu tidak dapat mengundi di sebabkan nama mereka tidak ada dalam senarai pengundi SPR.
Selain itu, kedudukan 'barung' atau 'pondok panas' BA yang tersepit dengan barung BN dikiri dan kanan juga dikatakan menimbulkan suasana yang tidak puas hati.
Ini disebabkan dengan keadaan barung BA yang tersepit, suasana menjadi tidak tenteram dan bingit serta mengganggu kakitangan serta petugas BA untuk menjalankan tugas.
0 comments:
Post a Comment