58% keluar mengundi
Sehingga jam 4 petang tadi, kira-kira 58 peratus daripada 10.9 juta yang layak memilih telah keluar pengundi, lapor MalaysiaKini.
Proses pengundian berjalan lancar kecuali di tiga lokaliti di Hulu Rajang, Sarawak di mana bot yang membawa pasukan petugas pilihanraya terbalik akibat arus sungai yang deras.
Parlimen Ampang
Terdapat maklumat pengundi hantu
Menurut Ketua Penerangan KeADILan Negeri Selangor, Nor Hizwan sambutan di Bukit
Antarabangsa jelas berpihak kepada kita.
Menurutnya lagi ada khabar yang melaporkan terdapat engundi hantu disini walaubagaimanapun bantahan yang dibuat tidak diterima.Ampang menyaksikan Ketua Wanita KeADILan, Zuraidah Kamarudin menentang calon BN Azman Wahid.
Parlimen Gombak
Kita dapat sambutan
Ketua Angkatan Muda Gombak, Jafrien yang dihubungi berkata, pondok panas KeADILan lebih mendapat sambutan di pusat-pusat pengundian berbanding BN. Menurutnya lagi, pada jam 2 petang tadi hampir 20% sudah membuang undi.
Selain itu, beberapa trak FRU dilihat meronda-ronda di sekitar Gombak berkemungkinan bertujuan bagi menakutkan pengundi.
Disini juga ada dikalangan ahli KeADILan mengadu Penyokong BN telah mengoyakan banyak poster BA walaubagaimanapun petugas Pas telah menampal poster berkenaan semula.
Parlimen Subang
Keadaan terkawal
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Latheefa Koya memberitahu keadaan di Parlimen Subang Terkawal. Di Parlimen Subang, Naib Presiden KeADILan Sivarasa menentang calon BN Muruugesan Sinnandavar
Parlimen Kapar
Petugas KeADILan dibaling botol
Disini Calon KeADILan S Manikavasagam memberitahu kesemua 15 pusat pengundian berjalan dengan lancar bagaimanapun di Dun Sementa pengundi masih lagi berkurangan.
Di Meru pula ada petugas KeADILan di baling botol oleh parti lawan.
Dun Sungai Manik, Perak
Usaha menyogok pengundi KeADILan
Ada usaha-usaha menyogok pengundi KeADILan disini menurut Naib Presiden KeADILan yang juga calon dun berkenaan Mustafa Kamil Ayub.
Jelasnya, KeADILan sedang menyiasat perkara ini bagi mengumpul bukti untuk pendakwaan.
Parlimen Pekan, Pahang
Peluang Cerah
Calon Muda KeADILan yang berkaliber, Khairul Anuar Zainudin mengatakan peluangnya disana sangat cerah. Katanya penerimaan orang muda terhadapnya sangat memberansangkan.
Parlimen Rembau, Negeri Sembilan
Sambutan di Rembau mengejutkan
Calon KeADILan Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin menerima bisikan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan yang berbunyi “Make Sure You Menang” di Sendayan tengah hari tadi.
Menurut Pembantu Calon, NorAzizi Abdul Aziz perbuatan Mohd Hassan yang juga calon BN dun Rantau adalah sesuatu yang mengejutkan bagi calon dan KeADILan disini.
Mengenai sambutan, menurut Azizi ianya sangat mengalakan. Azizi juga berkata ada ahli-ahli BN sendiri datang kepada Badrul untuk bersalaman dan beramah mesra.
Dimasukan pada jam 4.30 petang. Sebarang berita kami amat perlukan, hubungi pejabat kami ditalian 03-22737012 (Suara Keadilan) atau email editorkeadilan@gmail.com.
0 comments:
Post a Comment