Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Mereka merancang tetapi Allah jua merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Itulah yang terjadi kepada apa yang didakwa oleh orang ramai sebagai pakatan Barisan Nasional (BN), polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan pengundi hantu bagi memenangkan parti yang di ketuai Perdana Menteri itu.
Di Tanah Merah, seorang broker pengundi hantu awal pagi ini menyerahkan 28 kad pengenalan milik pengundi yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau dan Kemahang kepada peguam PAS, Hisham Fauzi di Gual Ipoh.
Setelah disemak di dalam daftar pemilih, kesemua 23 pengundi tersebut sah berdaftar di DUN Bukit Panau dan lima lagi di DUN Kemahang dalam Parlimen Tanah Merah.
Broker yang dirahsiakan namanya ini membuat pengakuan bahawa 28 pengundi tersebut tidak berada di Tanah Merah tetapi menyerahkan kad pengenalan untuk orang lain mengundi bagi pihak mereka.
Ini adalah kes terawal yang diterima berhubung pengundi hantu yang dijangkakan berlaku secara meluas di Kelantan dan di Terengganu.
28 Kad pengenalan tersebut akan ditunjukan kepada pihak media antarabangsa dan tempatan.
Kesemua 28 orang pengundi itu telah didaftarkan oleh BN seawal tahun 2004 lagi.
Kedua-dua kerusi DUN tersebut telah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 manakala Parlimen Tanah Merah dimenangi oleh Barisan Nasional. (Sumber: Sheih)
Mar 8, 2008
AGEN pengundi hantu serah diri !!!
Labels: Belit SPR Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment