KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

NAMA SUDAH DIGUNAKAN UNTUK UNDI

Penjual ikan terkejut didakwa sudah mengundi
mstar

SABAK BERNAM: Seorang penjual ikan yang bergegas ke saluran pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan dekat sini kecewa kerana tidak dapat mengundi apabila didakwa sudah pun menandakan kertas undi pagi ini.

Lee Tay Kow, 61, berkata ketika menunjukkan kad pengenalannya untuk disemak oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas ketika itu, beliau dimaklumkan bahawa namanya sudah dipotong kerana telah pun mengundi pagi tadi.

"Saya rasa nak ketawa juga sebab saya baru selesai kerja menjual ikan dan datang ke situ untuk mengundi kira-kira pukul 12.30 tengah hari tapi dimaklumkan bahawa saya tidak boleh mengundi kerana nama saya sudah pun mengundi pagi tadi," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sekinchan dekat sini.


Ekoran kejadian itu, Lee yang jelas kecewa kemudiannya memaklumkan perkara ini kepada calon DAP Ng Suee Lim yang kemudiannya membawa Lee untuk membuat laporan di Balai Polis Sekinchan dekat sini.

Sementara itu, Ng yang ada bersama Lee di balai polis berkata beliau amat terkejut apabila dimaklumkan oleh pengundi itu dan segera membawa Lee ke balai polis untuk membuat laporan.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita tahu SPR sangat telus. Saya harap dengan laporan yang dibuat, pihak polis dan SPR sendiri akan mengambil tindakan segera.

"Saya minta mereka juga siasat siapa yang pergi mengundi untuk Lee," katanya.
Ditanya mengenai peluang beliau hari ini, Ng mengakui peluangnya adalah 5050.

Katanya, kalau proses pengundian ini berjalan lancar tanpa sebarang penipuan berlaku, beliau yakin untuk memenangi kerusi DUN Sekinchan sekali lagi kali ini.

"Kalau tidak ada aral melintang dan juga doa dari kawankawan dari parti lain serta penyokong-penyokong saya, saya yakin boleh memegang kerusi DUN Sekinchan ini sekali lagi.

"Dan saya akan terus memperjuangkan nasib nelayan dan petani di kawasan ini," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive