almuslimin2
Siapa kata Pak Lah tidak panik kalah pilihanraya. Memang Pak lah dan BN sudah panik ketahap sehingga sanggup menghantar SURAT PERIBADI kepada setiap pengundi baru yang terdiri dari pemuda di kampong dan dibandar. PakLah mengetahui bahawa pemuda telah bosan dengan sikap telinga tuli dan kepala batu Paklah yang sedikit pun tidak peduli dengan kes pengangguran remaja, jenayah pendatang asing, kos sara hidup tinggi dan kehancuran sistem kehakiman selama 4 tahun memerintah malaysia. Pemuda Malaysia inginkan sebuah negara yang berkebajikan, adil dan Islamik yang berpelembagaan dan tidak korup.
Mengetahui bahawa BN akan kehilangan undi dari orang Cina, India dan Melayu maka UMNO menumpu kepada harapan akhir ia itu pengundi baru. Surat peribadi Pak Lah jelas menunjukkan BN telah hilang punca dan telah membuat janji baru walau pun selama 4 tahun mereka telah meletakkan rakyat kedalam tong sampah.
Surat Dollah menerangkan tentang tentang ekonomi Malaysia di bawah pemerintahan nya sedangkan semua angka itu jelas menunjukkan betapa Dollah tidak kisah langsung dengan index kemiskinan orang melayu berbanding dengan rakyat malaysia dari kaum lain. Surat Dollah mengatakan kenaikan harga minyak yang dirancang oleh nya MUNGKIN menjejas ekonomi tempatan . OOH.perkataan nya sudah bukan ' MUNGKIN' tetapi ' kesan buruk kenaiklan harga minyak telah pun BERLAKU dan sedang menghiris rakyat di depan mata kita . Apa--- Pak lah buta ke , untuk melihat betapa rakyat Malaysia telah berada di bawah kemiskinan akibat dasar Pandir nya demi untuk menambah wang projek membazir untuk habuan kroninya.
Akhir sekali Pak lah mengakhiri surat supaya pengundi baru mengundi BN untuk memberi mandat 5 tahun lagi memerintahBN untuk melahirkan Malaysia yang SELAMAT, AMAN dan MAKMUR.
Selamat kah rakyat Malaysia kalau anak kita Nurin telah di bunuh dan ramai lagi kanak masih hilang .
Aman kah kita kalau Paklah sendiri yang memelihara RaSHIT untuk memperalatkan SPR bagi memenangi pilihanraya secara kotor,
Makmur kah kita kalau rakyat merempat di bandar dan di desa dan pemimpin Umno dan keluarga Dollah mencuri ber BILLION?.
Terpulang lah kepada rakyat malaysia untuk menentukan samaada ingin memberi mandat lagi kepada pencuri duit rakyat, penzalim yang tidak menghormati hak rakyat , pengkhianat undang undang yang menyalahguna akta dan penipu yang mengguna media untuk membodohkan rakyat awam. Tepuk dada tanya lah iman dan akal
Mar 2, 2008
Pak Lah Terdesak- Hantar Surat peribadi Kepada Semua Pengundi Baru
Labels: Dollah bedol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Aku yg bukan ahli be end pun dpt surat ni.. isk..isk.. x besa2 paklah hantaq surat kat aku.. kali ni dia hantaq.tau plak alamat rumah aku.. tap x besa mai pun... harap lepas ni dia trus hantaq surat atau kad ucapan kat aku.. kalu Pembangkang menang kali ni. AKu akan hantq blik surat kt PAK LAH kata tahniah..hehehe..
p/s: Raya ni jgn lupa hantaq kad raya kat aku yer paklah.. alamat dah tau. hahahahahha...
paklah.. paklah...
Post a Comment