“Umno bukan lagi satu wadah perjuangan bangsa sebaliknya menjadi batu lonjatan dalam mengumpulkan pengaruh dan kekayaan. Kuasa yang ada tidak digunakan bagi membela bangsa dan agam,” kata Mohamad Hassan bersemangat.
MD Hakimi
harakahdaily
BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.
Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978 dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato’ Omar Mohamed (Adun Perupok sekarang).
Turut menyertai PAS malam tadi bekas penceramah terkenal Umno, Abdul Ghani Abdul Kadir, 66. Selain itu bekas ahli Umno Ismail Mamat bersama dengan 70 pengikutnya turut menyertai PAS.
Mereka menyerah borang kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Datuk Omar yang juga Yang Dipertua PAS Bachok, Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussin dan bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato’ Abdul Razak Salleh. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment