Polis mulakan siasatan kes Che Mat Jusoh(Senapang)
buletinonline.net
Kuala Terengganu, 16 Feb – Polis mula menjalankan siasatan keatas laporan yang dibuat oleh lima petugas pemuda terhadap bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dato’ Che Mat Jusoh yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu mengancam untuk menembak dengan senjata api yang dipercayai senapang patah kearah lima petugas pemuda PAS yang cuba memasang bendera pada jam 2.30 pagi di hadapan rumah beliau, Lot 1396 A, Kampung Nibong, Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu.
Menurut sumber Buletinonline pihak polis telah memanggil kelima-lima pemuda PAS yang membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu jam 10.00 malam kelmarin untuk sessi soal siasat.
Walaubagaimana pun semua soalan pihak polis tidak dijawab oleh mereka kerana polis hanya menyoal perkara-perkara yang tidak berkaitan dan mengelirukan. Antaranya pihak polis bertanya tentang warna senapang yang dilihat pada malam itu, bagaimana Che Mat memasukkan peluru, samada dengan tangan kanan atau kiri, apa warna peluru, apa baju yang dipakai oleh Che Mat dan apa selipar yang dipakai.
Sebelum dari itu, Che Mat Jusoh menafikan laporan yang dibuat oleh lima petugas pemuda PAS tersebut dan membuat kenyataan kepada media yang beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, sehingga diberitahu oleh pihak polis. Namun dari maklumat yang diterima oleh Buletin Online menyatakan bahawa Che Mad Jusoh ada membuat panggilan ke balai polis ketika para petugas pemuda tersebut sedang membuat laporan.
Sehubungan dengan itu, sepasukan polis telah pergi ke tempat kejadian sekitar jam 11.00 malam kelmarin dan mengambil beberapa keping gambar.
Buletin Online juga dimaklumkan bahawa sebab asal Che Mat menjadi berang pada malam itu sebenarnya bukan kerana para petugas PAS memasang bendera. Che Mat telah menyimpan kemarahannya beberapa hari kerana nama beliau tidak tersenarai untuk menjadi calun UMNO bagi DUN Batu Burok dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.
Dua nama yang disebut-sebut akan menjadi calun UMNO bagi DUN Batu Burok ialah Ketua Puteri UMNO Terengganu, Nordiayana Shafie dan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Sabri Alwi.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment