KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 18, 2008

ORANG UTAN: 2 EKOR DAH MARAH

Kenyataan Nik Aziz Umno Orang Utan Amat Tidak Bertanggungjawab, Kata Muhyiddin

PUTRAJAYA, 18 Feb (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menuduh Umno sebagai orang Utan kerana kononnya menolak Islam dan Al-Quran, sebagai satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang tokoh agama yang mengeluarkan kata-kata berbentuk nista kepada mana-mana pihak sama ada Umno atau pihak lain.

Umno Orang Utan:Rafidah Mahu Dengar Penjelasan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini meminta penjelasan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang mengaitkan pemimpin Umno sebagai Orang Utan.

Sambil menyifatkannya sebagai kenyataan yang "melulu" Rafidah turut mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan itu yang dianggap "kasar" bagi seorang yang bergelar tok guru.


No2umnO - Gara gara di gelar ORANG UTAN. 2 ekor ORANG UTAN sudah menyeringai gigi kemarahan. Siapa makan cili dia terasa pedas. Saje nak kongsi cerita. Wak ingat cerita pasal 'monyet kena belacan' tu saje cerita orang orang tua. Baru baru ni wak ternampak seekor monyet yang menggaru garukan tangannya di pangkal pokok akibat tangannya yang terkena belacan. Wak tanya seorang yang kelihatan tercengang cengang tidak jauh dari pokol itu. Menurut katanya, dia membeli belacan dan diletakkan di bakul motosikalnya. Di parking motosikalnya dibawah pokok dan seekor monyet datang mencuri. Bila monyet itu membuka bungkusan plastik, tangannya terkena belacan. Dek kerana tidak tahan dengan bau belacan tersebut, monyet itu menggeselkan tangannya di pangkal pokok sehingga berdarah. Baru wak tahu bahawa monyet tidak tahan dengan bau belacan sehingga terpaksa berusaha menghilangkan bau itu. Ini cerita betul, dan bukan cerita tentang muhyiddin dan rafidah tau.......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive