KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 18, 2008

Kaji semula penggunaan BI, bukti BN semakin tertekan


Kaji semula penggunaan BI, bukti BN semakin tertekan - Salahuddin
Anis Nazri
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - BN semakin tertekan apabila Presidennya, Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, berkata kenyataan itu berbaur politik dan jelas menggambarkan kedudukan BN yang terdesak, selain bertujuan menarik sokongan rakyat, khususnya pengundi Cina.

"BN terpukul teruk ekoran kenyataan berbohong Abdullah di parlimen yang menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya kepada rakyat, sebaliknya mengenakan 'yuran palsu' yang lebih tinggi dari yuran biasa," kata Salahuddin, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, kemarahan rakyat semakin melonjak sehingga Abdullah terpaksa mengarahkan SRJKC Damansara dibuka semula dan mendakwa BN tidak meminggirkan pendidikan pondok, walaupun sebelum ini beliau pernah menghina sistemm pondok dengan mengatakan ia sarang pengganas.

Salahuddin turut menegaskan, ketika BN dengan penuh kedangkalan mengiytiharkan penghapusan bahasa Melayu bagi subjek sains dan matematik dengan digantikan bahasa Inggeris, PAS bersama pembangkang dan NGO, termasuk ahli akademik menolak dasar sesat itu.

"Tetapi pemimpin BN berdegil kononnya mahu rakyat menguasai bahasa Inggeris. PAS tidak menolak bahasa Inggeris, tetapi menentang pendekatan yang melemahkan pelajar, meminggirkan bahasa kebangsaan dan merugikan wang rakyat," tegas beliau.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata apa yang jelas untuk dipertimbangkan rakyat ialah pandangan serta pendirian pembangkang lebih ke hadapan dan berjiwa rakyat, dan ternyata apa yang ditegaskan PAS sebelum ini menepati aspirasi rakyat semua kaum.

"Ini memberi gambaran bahawa PAS lebih layak memerintah dengan pendekatan berkebajikan. Pemimpin BN bukan sahaja mementingkan diri, sombong terhadap pandangan rakyat, bahkan membazirkan sebanyak RM5 bilion untuk satu projek perintis yang gagal," katanya. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive