KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 18, 2008

UMNO MAKIN BERCELARU



Umno Langkawi tolak Mukhriz

LANGKAWI: Umno Bahagian Langkawi enggan menerima jika Datuk Mukhtir Mahathir bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya 8 Mac ini sejajar dengan keputusan mesyuarat bahagian itu pada 12 Feb lepas menolak calon dari luar.

Setiausaha bahagian itu, Mohd Saiful Mustafa berkata dalam satu kenyataan bahawa Umno Bahagian Langkawi berpendapat Mukhriz bukan anak tempatan Langkawi dan tidak menganggotai Jawatankuasa Umno Bahagian itu.

Mukhriz dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata jika diberi peluang, beliau sedia bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Mohd Saiful berkata majoriti masyarakat di Langkawi mahukan penyandang Datuk Paduka Abu Bakar Taib sekali lagi dipilih untuk bertanding bagi kerusi itu berdasarkan kepada prestasi perkhidmatan beliau.

Katanya 85 daripada 91 cawangan Umno di Langkawi menyokong supaya Abu Bakar dikekalkan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive