KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 18, 2008

PATUTNYA IZZAH MENENTANG KHAIRY


Nurul Izzah Sesuai Tentang Khairy
msomelayu

Persoalanya kini di kawasan manakah sesuai untuk Puteri Reformai itu menguji kekuatan dan popularitinya. Sebelum ini ada laporan mengatakan beliau bakal diletakkan bertanding di Wangsa Maju (kampung saya!) atau Lembah Pantai.
Ada alasan dan hujah kenapa kawasan Wangsa Maju ditunjukkan kepada Nurul Izzah. Wangsa Maju kawasan pinggir bandar di mana mempunyai kompilisi pengundi antara cerdik dan tidak berapa cerdik. Maksudnya pengundi yang taksub kepada Umno dan pengundi yang terbuka dan bersedia memilih selain daripada Umno.

Di lihat kepada pola pengundi kalau Nurul Izzah bertanding di Wangsa Maju ia bakal memberi cabaran hebat kepada calon BN. Kawasan ini mempunyai peratus pengundi Melayu 52.70% berbanding dengan Cina 38.30% dan India 8.00%. Dulu Wangsa Maju adalah kerusi Umno tetapi terlepas kepada MCA gara-gara pemimpin Umno Bahagian ini lebih menjaga kedudukan diri daripada kepentingan parti (Melayu).

Suasana dan fakta ini menguntungkan Nurul Izzah. Sudah pasti mereka yang kecewa dan kesal dengan Umno manakala orang Cina yang tidak dapat menerima politik kronisme MCA akan menunjukkan protes mereka dengan menyokong Nurul Izzah.

Hal yang sama juga berlaku di Lembah Pantai. Peratus pengundi Melayu di sini 53.20%, berbanding dengan Cina 25.73%. Kompilasi pengundi cerdik dan kurang cerdik boleh diambil kesempatan oleh Nurul Izzah. Lemah Pantai juga dikenal sebagai antara kawasan yang mempunyai penyokong reformasi yang kuat pada tahun 1998 dulu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive