marhaen
Maklumat-maklumat terakhir yang kami terima mengesahkan Parti DAP yang akan diwakili oleh Gobind Singh Deo anak kepada Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh akan bertanding melawan Dato Sharir Samad di Parlimen Johor Bahru(P160).
Perkembangan ini dilihat sangat menarik kerana ini adalah pertama kali parti DAP meletakkan calonnya di Parlimen Johor Bahru setelah silih berganti dengan PRM, PKR dan PAS.
Kami berharap keegoaan Umno dapat ditundukkan kali ini kerana pada tahun 2004 yang lalu mereka begitu angkuh dengan kemenangan dan undi majoriti yang paling besar dalam sejarah pilihanraya Malaysia.
Semua parti-parti pembangkang akan bergabung tenaga dan fikiran untuk memastikan UmnoBN tidak akan menang mudah pada pilihanraya kali ini. Keputusan ini dicapai setelah melihat respon dari rakyat dan pengundi-pengundi bukan melayu yang sudah muak dengan kepimpinan Pak Lah yang tidak prihatin dengan masalah rakyat.
Taburan janji dan wang ringgit oleh UmnoBN kepada pengundi melayu disaat ini mencurah-mencurah semata-mata untuk menambat hati pengundi untuk terus menyokong mereka. Walhal selama hampir 5 tahun rakyat tersepit dengan janji khianat yang telah diikrarkan oleh mereka pada tahun 2004 yang lalu.
Isu perpindahan penduduk Flat Bukit Cagar juga masih belum selesai biarpun pampasan telahpun diberikan oleh wakil rakyat Umno pada bulan Januari yang lalu
Untuk Dun Stulang pula DAP dilihat akan terus bertanding begitu juga dengan Dun Tanjung Puteri akan ditandingi oleh Parti KeADILan Rakyat.
PASJB juga tidak ketinggalan malah menjadi tenaga penggerak utama sebagai tunjang umtuk mengempur kubu Umno Barisan Nasional biarpun tidak bertanding kali ini.
Kami diamanahkan untuk membantu PKR di Dun Tanjung Puteri dan membantu PAS Kawasan Pulai yang bertanding di Parlimen Pulai, Dun Pengkalan Rinting dan Dun Kempas yang terletak besebelahan kawasan parlimen Johor Bahru.
Kali ini kawasan lokaliti Larkin,Kampung Melayu dan Bandar Baru Uda akan menjadi talian hayat kepada UmnoBN untuk terus kekal berkuasa di Johor Bahru. Persempadan yang telah dibuat pada tahun 2002 yang lalu dengan memasukkan Larkin dan Bandar Baru Uda yang bermajoriti melayu adalah jalan penyelamat kepada calon Umno untuk terus bertanding.
Kini tinggal 22 hari lagi peperangan akan ditamatkan. Kukuhkan semangat dan kebergantungan kita kepada Allah, kerana disaat ini tidak ada lagi penolong yang lebih baik melainkan kepada Allah kita berserah dan mengharap... AllahuAkbar....
Tumbangkan Umno dan BN Johor....
Ya Allah Berikanlah Kemenangan Kepada Kami dan Hancurkanlah Umno dan Barisan Ahzabnya....AllahuAkbar...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment