penarikbeca.blogspot.com
Pengemis-pengemis kerusi sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kerusi. Ramai yang mencium sakan tangan Perdana Menteri untuk mengemis kerusi. Kalau tidak, takkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin nak kata: "...cium-cium tangan (Perdana Menteri minta dicalonkan) tidak payahlah..."
Alahai pengemis-pengemis kerusi, adakah tangan Perdana Menteri kamu selembut bahu Datuk Michelle Yeoh?
Menurutnya, lelaki itu yang memakai baju hitam juga menghasut orang ramai menterbalik dan membakar keretanya.
‘‘Selepas jamuan makan, saya turun ke bawah kerana seseorang hendak bercakap dengan saya tetapi tiba-tiba ada seorang lelaki yang cakap, ‘pukul sama dia, kasi hapus sama dia, ini orang kita mahu kasi mati. Orang itu cakap banyak besar’.
‘‘Saya pun ada tangan. Dia ingat senang-senang boleh pukul kasi mati sama saya. Selepas itu dia cadang kepada budak-budak di situ supaya terbalikkan dan bakar kereta saya,’’ kata Samy Vellu kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Sungai Siput.
Sayangnya, Samy Vellu terlupa nak beritahu, adakah tangannya melakukan kebaikan atau kejahatan. Makkal Sakhti!
0 comments:
Post a Comment