KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 18, 2008

DENGAN UMNO ... HIDUP SUSAH MATI PUN SUSAH

Lebih 7,000 penduduk tertekan, BN tarik balik kelulusan tanah perkuburan
Ekmal Yusof
harakahdaily

SUNGAI SIPUT, 18 Feb (Hrkh) - Lebih 7,000 orang penduduk Islam di Kampung Tersusun Keledang dekat sini kini menghadapi tekanan dari pihak umno/Barisan Nasional (BN) disebabkan ahli kariah di sini sudah tiada lagi kawasan tanah untuk mengebumikan jenazah-jenazah sekiranya terdapat kematian kerana Tanah Wakaf Perkuburan Islam yang telah digazetkan oleh kerajaan negeri ditarik balik kelulusannya oleh Exco Kerajaan Tempatan Dato' Chan Ko Youn baru-baru ini.

Penduduk-penduduk tersebut yang terdiri dari orang-orang Melayu dan anak tempatan negeri Perak sendiri telah melahirkan rasa hairan dengan sikap pihak kerajaan negeri kerana sanggup menarik balik kelulusan yang diberikan pada 18 Julai 2007.

Menurut mereka, Umno/BN yang ada sekarang telah melakukan pelbagai penganiayaan ke atas rakyat yang bukan sahaja menyeksa mereka yang masih hidup tetapi juga turut melibatkan bagi yang telah meninggal dunia.

Seorang wakil penduduk, Mohd. Rosni Abu Bakar memberitahu Harakahdaily, bahawa Tanah Wakaf Perkuburan Islam tersebut telah pun diluluskan pengunaannya oleh Exco Tanah Kerajaan Negeri Perak, Ipoh pada 18 Julai 2007 lalu di atas tanah kampung.

"Saya pun turut hairan, kalau dulu pihak kerajaan telah pun luluskan projek kebajikan berkenaan maka kenapa pula kemudiannya hendak ditarik balik. Pada hal ianya telah pun digunakan sejak diluluskan sudah banyak jenazah dikebumikan di situ, termasuk yang terbaru ini telah terdapat dua jenazah seorang lelaki dan wanita dikebumikan di tanah perkuburan tanah kampung itu pada 8 Januari lalu.

"Saya pun tidak berapa faham mengapakah kelulusan tersebut hendak ditarik balek oleh Umno dan kerajaannya. Adakah itu bermakna untuk memaksa orang kampung mengorek balik kubur berkenaan untuk dipindahkan di tanah perkuburan yang lain?"soalnya.

Selain itu katanya, penarikan kelulusan tanah wakaf tersebut juga tidak menggunakan saluran yang betul, tetapi hanya diwakilkan dengan Exco Kanan Kerajaan negeri Perak, Dato' Ramli Zahari apabila memanggil beliau sebagai wakil penduduk ke pejabatnya di Bangunan Pejabat Menteri Besar Perak untuk memberitahu secara mulut sahaja. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive