KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 28, 2008

Bersama anak tanpa bini: Dolah diburu mimpi ngeri


Skandal pemimpin di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sedang menanti waktu untuk meledak sebagaimana berlaku di negeri Selangor.

KAMAL AMIR MENULIS

Malaysiatoday - AKHIRNYA terdedah jua identiti sebenar Si Kitol @ Menantu Abdullah Ahmad Badawi bernama Khairy Jamaluddin suami Nory Abdullah dan cucu kepada Penghulu Bakar di daerah Rembau Negeri Sembilan yang punya ramai keturunan hasil pernikahannya sebanyak 2 kali memperolehi 24 orang anak termasuk Allahyarham Datuk Jamaluddin Bin Abu Bakar. Rakyat Rembau cukup kenal siapa sebenarnya Penghulu Bakar.

Seluruh negara jadi terpempan setelah menatap nama Si Kitol hanyalah Khairy Jamaluddin tanpa ada BIN. Menurut istilah Jabatan Pendaftaran Negara, keturunan pemilik Mykad dapat diketahui melalui namanya di mana jika dia berbangsa China dapat diketahui asal keturunannya dengan nama China, bagi keturunan India ia mencatatkan huruf a/l atau a/p. Sebagai contoh Perumal a/l Samyvellu atau Kumaryfidah a/p Samyvellu.

Sementara rakyat berbangsa dan berketurunan Melayu harus dicatatkan namanya beserta Bin atau Binti sebagai contoh: Kamal Amir Bin Kamal Hijaz atau Noor Lailatul Marini Bt. Kamal Amir. Apabila nama sebegitu dicatatkan maka sahlah dia seorang berketurunan Melayu kerana dibawah gambarnya tertera pula perkataan Islam, menunjukkan agama yang dianutinya adalah Islam.

Apabila sesaorang itu tidak mempunyai Bin atau Binti menurut kelazimannya dalam masyarakat Melayu dia adalah seorang anak yang tidak diketahui asal keturunannya atau lebih tepat lagi ia dilahirkan secara luar nikah. Begitulah kelazimannya. Dalam konteks ini apakah Khairy Jamaluddin @ Si Kitol menantu Perdana Menteri merupakan anak tidak berbapa?

Satu ketika dahulu semasa menetap di desa seringkali kita terdengar kenyataan “jahat sungguh budak itu, habis harta orang dicurinya, malahan anak dara orang pun di kebasnya. Mungkin budak itu anak tidak berbin.....” di mana kenyataan sedemikian merupakan bahasa halus memberi tahu dia budak amat jahat dan lahir dalam keadaan ayah serta ibunya tidak bernikah atau dalam bahasa kasar anak haram...begitulah kelazaimannya.

Namun begitu sewaktu hari penamaan calon, tiba-tiba seluruh rakyat dikhabarkan menantu Perdana Menteri dicatatkan dalam kad pengenalan atau Mykadnya dengan nama Khairy Jamaluddin tanpa tertera di mana-mana adanya perkataan BIN. Apakah ianya memang disengajakan atau sebaliknya... wallahualam bisawab.

Biar apa pun terbukti kini menantu Perdana Menteri adalah seorang anak yang tidak berbin dan satu budaya baru mula tercetus. Mungkin kerana itu jugalah anak yang lahir hasil pernikahannya dengan Nory Abdullah di namakan dengan begitu melucukan: Gibrael Ali Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Samada ia ada mencatatkan perkataan Bin atau tidak masih belum dapat diketahui. Namun seandainya anak kecil montel itu tiada berbin seperti bapanya, malanglah anak tersebut kerana pastinya bakal dipersenda oleh rakan-rakannya sebagai anak tidak berbin satu ketika nanti.

Kerana Khiary Jamaluddin @ Si Kitol @ Menantu Perdana Menteri dilahirkan serta dinamakan tanpa ada bin, maka tidak hairanlah sikap serta tindak tanduknya sentiasa kelihatan pelik. Ada kalanya lagak bagaikan samseng jalanan seperti yang digambarkan di musim pilihanraya kecil Ijok, terkadang wajahnya mirip si mata keranjang hingga ada gossip tentang hubungan cintanya dengan aktres,malahan terbayang pula di mata rakyat dia seorang perongos serta rakus untuk membaham harta rakyat.

Banyak catatan di laman internet seperti yang ditulis oleh “bloggers “ Ketua Perusuh berhubung skandal Air Asia, CIMB serta ACM Libra yang hingga ke saat ini masih belum terjawab sepenuhnya. Kerakusannya untuk diangkat sebagai pemimpin tersohor juga sudah bukan rahsia lagi bila impiannya menjadi Perdana Menteri pada usia 40 tahun merupakan bualan di seluruh negara.

Mulutnya turut dikatakan celupar kerana mencabar mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir supaya segera meletak jawatan semasa pertemuan dengan pelajar-pelajar di Kota London satu ketika dahulu. Dan terbaru secara angkuh Si Kitol @ Khairy Jamaluddin @ menantu Perdana Menteri ini dengan lagak bodoh sombongnya mendabik dada bahawa kehadirannya adalah untuk menghapuskan parti pembangkang.

Hasrat mahu menghapuskan itu apakah ia bermakna semua pemimpin dari parti pembangkang bakal dipasung serta penjarakan, atau dibunuh olehnya tidak diketahui maksud sebenar. Lebih menarik lagi mungkinkah ia turut membawa pengertian siapa sahaja menentang Abdullah Ahmad Badawi pasti bakal dihapuskan olehnya termasuklah Dato’ Seri Najib serta para pengikutnya.

Apa yang jelas kini melalui percaturannya beberapa orang kanan Dato’ Seri Mohd Najib sudahpun tergolek sebelum masuk gelangang kerana dicicirkan dari senarai calon pilihanraya termasuk Ishak Ismail di Seremban, Datuk Zahidi di Padang Besar Perlis, Datuk Malek di Taiping Perak, Datuk Mahadir Khir di Kedah, Datuk Rahman Bakar di Trengganu, Datuk Zaid Ibrahim di Kelantan, Datuk Saleh di Sabah dan ramai lagi yang dirasakan sebagai musuh politiknya atau sebagai pembangkang.

Hebat, cukup hebat menantu Perdana Menteri yang memakai nama tanpa Bin di mana mengikut lazimnya dalam masyarakat Melayu anak tanpa bapa adalah anak luar nikah. Anak sundalpun diletakan namanya berbinkan Abdullah, namun Si Kitol abad ini hanya meletakkan namanya sebagai Khairy Jamaluddin tanpa Bin.

Sedikit menyentuh musim pilihanraya kali ini dari beberapa laporan yang diterima melalui pesanan ringkas sms ternyata Barisan Nasional sedang dilambung gelora amat getir kerana khabarnya para pengundi China telahpun menyatakan kesediaan mereka mempastikan agar gabungan Barisan Alternatif diberikan kuota 25-25-25 yang membawa maksud 25 kerusi Parlimen untuk DAP, 25 bakal diperolehi oleh Pas dan 25 untuk calon-calon dari keadilan sementara di Sabah dan Sarawak pula bakal mencatatkan sekitar 18 kerusi Parlimen buat parti pembangkang.

Seandainya benar percaturan pengundi dari keturunan China serta India maka barisan alternatif dijangka mampu meraih sekitar 93 kerusi dan memerlukan 19 kerusi Parlimen sahaja lagi bagi membentuk kerajaan dengan “simple majoriti”. Sejauh mana benar dan berkemampuan Barisan Alternatif melakukannya terpulang kepada para pengundi.

Namun begitu dari Perlis berkemungkinan BA memperolehi 1 kerusi Parlimen, Kedah 9 kerusi, Pulau Pinang 9, Perak 9, Selangor 9, Wilayah Persekutuan 9, Negeri Sembilan 3, Melaka 3, Johor 5, Pahang 3, Trengganu 5, Kelantan 11, Sabah 12 dan Sarawak 18. Semua angka-angkaini membuatkan Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi mampu lelap tidurnya.

Perdana Menteri yang dikenali rakyat sebagai “Kaki Tidur” kini sudah tidak mampu melelapkan matanya kerana musim pilihanraya kali ini bakal menjelmakan keputusan terburuk pernah di alami oleh kerajaan Barisan Nasional sejak ianya diasaskan oleh Allahyarham Tun Razak.

Kalangan pemerhati dan penganalisa politik merasakan musim pilihanraya kali ke 12 ini bagaikan menyamai musim pilihanraya tahun 1969 apabila beberapa kerajaan negeri jatuh ketangan pembangkang serta tidak dapat ditubuhkan hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Bezanya untuk kali ini isu perkauman tidak lagi menjadi bahan sebagai api yang ditiupkan oleh mana-mana parti politik kerana barisan pembangkang mampu menghasilkan satu bentuk perkongsian kuasa secara lebih realistik beserta serangan cukup hebat dihalakan kearah Abdullah Ahmad Badawi serta menantunya Si Kitol @ Khairy Jamaluddin anak yang tidak Berbin.

Beberapa pihak pula meramalkan bakal berlaku kejutan besar tercetus di negeri Johor menyaksikan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi tersungkur kesan perhitungan dari rakyat yang rata-ratanya menjelmakan nada cukup mengerikan untuknya dengan laungan “Makkal sakti” membawa maksud “Kuasa Rakyat”.

Angin perubahan ternyata begitu ketara di Trengganu apabila ramai kalangan pengundi dari luar tidak lagi bersedia untuk berbondong-bondong pulang ke kampong halaman membuang undi kerana bagi mereka, zaman Pas memerintah dahulu lebih berhemah dari pimpinan hari ini. Malahan rakyat Trengganu turut merasakan kekayaan hasil minyak dari bumi negeri tersebut tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat sebaliknya dikaut kedalam kantung Patric Lim menerusi Pesta Monsoon Cup.

Lebih mengecewakan seluruh rakyat Trengganu apabila melihat kembalinya saki baki Tan Sri Wan Mokhtar untuk kembali berlegar di anjung kuasa apabila anaknya turut dicalonkan bertanding bagi kerusi DUN Air Putih sedangkan kemarahan rakyat masih belum reda terhadapnya kerana dikatakan berlaku pengkayaan kroni serta orang keliling. Begitu juga tersingkirnya mujahid Umno Datuk Abdul Rahman Bakar yang mampu menumbangkan Presiden parti pembangkang terbesar Hj. Hadi Awang sebagai gambaran tidak berterima kasihnya Umno kepada para pejuangnya.

Tragedi Batu Buruk di mana Suwandi dan Azman yang ditembak oleh pihak polis terpasung sebegitu lama masih menimbulkan dendam kesumat dihati rakyat Trengganu kerana merasakan berlaku kezaliman terancang disaat para demonstran Hindraf boleh dilepaskan oleh Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya kedua anak muda terpaksa meneguk air mata untuk menyambut kehadiran Hari Raya Qurban dibalik jeriji tabir penjara.

Skandal pemimpin di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sedang menanti waktu untuk meledak sebagaimana berlaku di negeri Selangor. Apakah mampu Abdullah meraih yakin rakyat dengan pelbagai retorik bersalutkan penipuan serta pembohongan di musim pilihanraya? Semua ini bakal terjawab menjelang malam 9 Mac 2008 . Namun apa yang pasti inilah pilihanraya terburuk pernah dialami oleh negara setelah 50 tahun mencapai kemetrdekaan, fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive